Kepala tikus dalam hidangan nasi kukus

PETALING JAYA – Seorang pelanggan terkejut apabila mendapati hidangan nasi kukus yang dipesan mengandungi kepala seekor tikus.

Menurut satu hantaran dimuat naik oleh TikTok_Kluang, sebuah restoran tular diarahkan tutup serta-merta ekoran kejadian tersebut.

“Ada kepala tikus di restoran ini. Patutlah ditutup dan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ada datang tadi. Kepada orang awam, diminta berhati-hati jika mahu makan di luar,” katanya menerusi kapsyen hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial Tiktok berasa geli dan jijik kerana bangkai tikus itu hanya tinggal bahagian kepala saja.

“Jika saya, sudah lama muntah di atas meja makan itu,” komen seorang netizen, @poksuden.

“Agaknya, tikus itu terjatuh dalam kuali semasa sedang memasak. Hati, limpa, jantung semuanya sudah dimakan agaknya,” seloroh @apeksssdafrinn pula.

“Jika seekor, mungkin boleh dipercayai faktor kedai kotor. Mungkin tercampak masuk ke dalam kuah. Tetapi jika hanya tinggal kepala saja, bagaimana pula? Takkan tukang masak potong bang?,” kata pengguna lain.

Hantaran tersebut meraih 925,400 jumlah tontonan dan 10,300 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Kepala tikus dalam hidangan nasi kukus appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*