KPDN Melalui SSM Umum Tiga Inisiatif Pengurangan Kompaun

kompaun ssm

Putrajaya, 13 Januari 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui agensinya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mengumumkan tiga inisiatif pengurangan kompaun bagi membantu meringankan beban kewangan komuniti korporat.

Inisiatif pertama melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal ke atas syarikat yang berstatus ‘dissolved’ di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat 2016. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu meringankan beban kewangan pengarah dan syarikat yang telah tutup.

Bagi inisiatif kedua, SSM memperkenalkan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 2016 berkuatkuasa serta merta. Pengurangan kompaun akan diberikan kepada syarikat selepas pematuhan terhadap kegagalan atau kesalahan diambil tindakan oleh pihak syarikat. Pengurangan kompaun hanya diberikan bagi kesalahan lazim di bawah Seksyen 68(1), Seksyen 248(1), Seksyen 258(1), Seksyen 259(1), Seksyen 340(1), Seksyen 30(1) dan Seksyen 30(2) Akta Syarikat 2016.

Pelaksanaan inisiatif baharu ini diharap dapat membantu komuniti korporat untuk meneruskan perniagaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

Bagi inisiatif ketiga, SSM akan meneruskan pengurangan kompaun sebanyak 90% daripada nilai asal kompaun bagi semua kesalahan di bawah Akta Syarikat 1965. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan data yang disimpan berhubung entiti syarikat di dalam pendaftaran SSM adalah terkini dan juga bagi mendorong syarikat mematuhi amalan tadbir urus terbaik khususnya serah simpan Penyata Kewangan serta maklumat terkini di SSM. Di samping itu, ia juga meringankan beban kewangan syarikat syarikat ke arah pemulihan ekonomi negara dalam fasa peralihan ke endemik.

Ketiga-tiga insiatif ini yang diumumkan oleh YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri KPDN semasa Majlis Perhimpunan Awal Tahun 2023 Kementerian itu, berkuatkuasa serta merta. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah YB Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri KPDN, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDN merangkap Pengerusi SSM dan YBhg. Datuk Nor Azimah Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif SSM.

The post KPDN Melalui SSM Umum Tiga Inisiatif Pengurangan Kompaun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*