Kerajaan Dalam Tindakan Merangka Dasar Anti Ali Baba (Rent-Seeking) & Mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR)

Mesyuarat MTEN pada 10 Julai 2023 membincangkan dua perkara utama yakni  merangka perundangan berhubung budaya Ali Baba (rent-seeking) , dan inisiatif  Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR). Mesyuarat bersetuju:

Secara prinsip bahawa budaya Ali Baba memberi dampak negatif kepada  ekonomi dan Kerajaan serius untuk menangani dan membasmi aktiviti ini.  Anggaran kerugian mencecah sekitar 1% daripada KDNK dan melibatkan  aspek perolehan, perlesenan, pemberian permit dan kuota, serta pemberian  subsidi dan geran. Oleh yang demikian, Kementerian Ekonomi dan Jabatan  Peguam Negara, dengan penglibatan Kementerian dan Agensi Kerajaan,  akan mengkaji dan merangka dasar dan strategi perundangan yang  bersesuaian untuk membanteras aktiviti rent-seeking dan membentangkan cadangan kepada Jemaah Menteri.

Mempercepat inisiatif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) sebagai  pemangkin kepada strategi mengangkat negara sebagai peneraju serantau  dalam tenaga boleh baharu. Projek-projek Flagship Rintis dan inisiatif NETR  bagi meningkatkan penyertaan industri mengenai hala tuju baharu Kerajaan  dalam meneroka sumber tenaga baharu dan membentuk permintaan pasaran,  serta mengenal pasti sumber kewangan untuk menangani jurang pembiayaan bagi projek tersebut.

Dasar Anti Ali Baba

Fasa Pertama NETR akan mengetengahkan sepuluh projek rintis perdana  yang strategik dan bernilai tinggi sebagai langkah pelaksanaan Dasar Tenaga  Negara 2022-2040 dengan jangkaan pelaburan bernilai RM25 bilion,  mewujudkan 23,000 pekerjaan berkualiti tinggi, dan mengurangkan pelepasan  karbon dioksida setara melebihi 10,000 gigagram secara bertimbunan  (cumulative). Peluncuran NETR Fasa Pertama akan diadakan pada 27 Julai  2023 dan disusuli oleh peluncuran NETR Fasa Kedua pada Ogos 2023. 

Melangkah ke hadapan, MTEN akan terus merumuskan langkah dan inisiatif  baharu untuk menangani pelbagai tantangan melibatkan perekonomian negara,  bagi memastikan penambahbaikan tatakelola serta perubahan struktur secara  teratur demi meningkatkan potensi ekonomi negara. Kerajaan sentiasa berusaha  memastikan negara mencapai Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 dan  sentiasa bergerak maju ke hadapan seiring dengan kemajuan teknologi semasa  dan memenuhi keperluan sosioekonomi rakyat bagi menjamin kesejahteraan  Malaysia dan rakyatnya.  

The post Kerajaan Dalam Tindakan Merangka Dasar Anti Ali Baba (Rent-Seeking) & Mempercepat Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*