Kerajaan Negeri Melaka Didakwa Akan Bertukar Ketua Menteri?

Kerajaan Negeri Melaka Didakwa Akan Bertukar Ketua Menteri?

Pentadbiran kerajaan negeri Melaka didakwa bakal berubah wajah apabila jawatan Ketua Menteri akan bertukar pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Berikutan dakwaan tersebut, upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri ke-14 itu dipercayai akan diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama di Ayer Keroh.

Menurut Sinar Harian lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh didakwa bakal menggantikan Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Untuk makluman, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah memegang jawatan berkenaan selama dua penggal sejak 2020.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, pihak media telah yang menunggu beliau di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri selama tiga jam.

Walau bagaimanapun, pihaknya masih gagal mendapat sebarang komen dan penjelasan daripada Sulaiman berkenaan khabar angin ini.

Dalam pada itu, Setiausaha akhbarnya, Nasharudin Muhamad memberitahu bahawa ADUN Lendu itu enggan bertemu dengan pihak media.

Beliau turut disahkan telah meninggalkan bangunan pentadbiran kerajaan negeri ketika pihak media menunggu kehadirannya.

Sumber terdekat pejabat Ketua Menteri mengatakan, tiada arahan selanjutnya dan mereka masih menunggu arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) buat masa ini.

Pada masa yang sama, Ab Rauf telah dihubungi dan beliau turut tidak memberikan apa-apa respons berkenaan perubahan struktur pentadbiran di negeri itu.

“Saya tak mahu komen lanjut sehingga ada maklumat seterusnya,” kata Ab Rauf secara ringkas.

Perlantikan Ketua Menteri baharu didakwa sebahagian daripada pembentuk Kerajaan perpaduan

Sebelum ini, ucapan terima kasih terhadap jasa Datuk Seri Sulaiman Md Ali kepada penduduk Melaka telah tular di aplikasi Whatsapp.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberi bayangan berkenaan struktur pentadbiran kerajaan negeri tersebut yang akan berubah.

Hal ini berpunca daripada pembentukan Kerajaan Perpaduan di Melaka, katanya pada Isnin lalu.

Bukan itu sahaja, Zahid yang merangkap Presiden UMNO turut mengesahkan kerajaan tersebut sedang berusaha untuk merealisasikan pembentukan tersebut.

Datuk Sulaiman Md Ali, atau lebih mesra dipanggil Tok Leman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 pada 9 Mac 2020. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu di bawah Parlimen Masjid Tanah Melaka.

BACA: Bantu Beli Rumah Pertama, Skim Rumah Pertamaku Dimansuhkan 1 April Ini

Sumber: Sinar Harian

The post Kerajaan Negeri Melaka Didakwa Akan Bertukar Ketua Menteri? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*