Tujuh Punca Kereta Tak Boleh “Start”, Yang No. 3 Ramai Selalu Alpa

punca kereta start

Tujuh Punca Kereta Tak Boleh “Start”, Yang No. 3 Ramai Selalu Alpa

Kereta merupakan kenderaan peribadi yang dimiliki, sekurang-kurangnya sebuah bagi setiap isi rumah di Malaysia.

Setiap pemilik kereta pastinya menginginkan agar keretanya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, malah boleh digunakan sepanjang masa tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?

Misalnya, kereta tiba-tiba tidak dihidupkan. Apabila situasi itu berlaku, sudah tentu tergendala semua urusan pada hari tersebut. Ibarat patah kaki, pergerakan jadi terbatas. Hendak ke mana-mana pun tak boleh.

Satu hal yang pasti tentang masalah kereta tidak boleh dihidupkan ini, ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Kadang-kala, pening juga memikirkan apa yang berlaku.

Jadi kali ini, kami di SK ingin berkongsi dengan anda tujuh (7) situasi yang boleh berlaku dan mungkin menjadi punca mengapa kenderaan anda tidak boleh dihidupkan.

Tujuh punca kereta tak boleh start atau dihidupkan

Untuk makluman pembaca, tip berkenaan diambil daripada perkongsian mekanik menerusi TikTok @Altimat Auto Garage.

Menurut @Altimat Auto Garage, situasi pertama yang boleh berlaku mungkin berpunca daripada kedudukan gear kenderaan.

Untuk membolehkan enjin kenderaan dihidupkan, gear mesti berada pada P atau N. Sekiranya gear berada pada kedudukan D atau R, kereta memang tidak boleh dihidupkan.

Selain itu, bateri kereta yang lemah atau rosak juga boleh menyumbang kepada masalah ini. Sekiranya berlaku situasi itu, bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa.

Punca seterusnya pula apabila berlaku kerosakan pada komponen alternator kereta. Antara tanda-tanda altenator rosak apabila indikator bateri pada meter kenderaan mula menyala.

Menurut @Altimat Auto Garage, indikator bateri yang menyala tidak semestinya menjadi petanda bateri rosak. Adakalanya, ia mungkin melibatkan komponen lain seperti altenator.

Situasi altenator rosak boleh menjadi lebih teruk sekiranya berlaku ketika kenderaan sedang digunakan. Kenderaan anda berisiko untuk mati sendiri di tengah-tengah jalan.

Tambah @Altimat Auto Garage, keadaan palam pencucuh juga menjadi penentu kenderaan dapat dihidupkan atau tidak. Justeru, anda perlu peka dan rajinkan diri untuk membawa kereta anda ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya sudah memeriksa segala komponen tetapi tidak boleh dihidupkan, panggil mekanik

Seterusnya, masalah tersebut juga boleh berlaku apabila crank sensor ada masalah. Crank sensor merupakan komponen elektronik yang digunakan dalam enjin pembakaran dalaman sama ada petrol atau diesel.

Sensor ini digunakan untuk memantau kedudukan dan kelajuan putaran crankshaft. Jika crank sensor anda bermasalah, ia boleh menggangu enjin pembakaran kereta anda.

Unit Kawalan Elektronik (ECU) yang rosak juga boleh menyebabkan kereta tidak dapat dihidupkan. Fungsi ECU itu boleh diumpamakan sebagai otak kepada kenderaan.

Untuk menilai sama ada kerosakan berpunca daripada ECU atau sebalik, kenderaan perlulah di bawa ke bengkel untuk diperiksa oleh mereka yang pakar.

Akhir sekali, masalah starter juga boleh menjadi punca yang perlu anda perhatikan. Masalah starter selalunya menjadi punca paling biasa yang berlaku apabila kenderaan tidak boleh dihidupkan.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya berterima kasih dengan perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok berkenaan.

@altimatautogarage

Ini lah 7 punca kenapa kereta korang tak boleh start yang korang kena ambik tahu! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkereta #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #trending #viral #fyp

♬ original sound – Altimat Auto Garage – Altimat Auto Garage

Semoga bermanfaat.

BACA: Ini 10 “Website” Paling Banyak Dilayari Rakyat Malaysia Pada Februari

Sumber: Altimat Auto Garage via TikTok

The post Tujuh Punca Kereta Tak Boleh “Start”, Yang No. 3 Ramai Selalu Alpa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*