Kereta Terbang Pertama Dunia Bakal Dipasarkan, Harga “Pre-Order” RM1.4 Juta

kereta terbang pertama dunia

Kereta Terbang Pertama Dunia Bakal Dipasarkan, Harga “Pre-Order” RM1.4 Juta

Sebuah syarikat di California yang membina kereta elektrik terbang dilaporkan telah membuka dan menerima prapesanan bagi produk keluaran terbaru mereka itu, lapor New York Post.

Kereta terbang Alef Aeronautics sebelum ini dilaporkan telah menerima Pensijilan Kelayakan Udara Khas daripada Federal Aviation Adminstration (FAA).

Kelayakan itu bermakna syarikat tersebut akan dibenarkan untuk menguji jalan dan udara bagi kegunaan kereta itu, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Kenderaan elektrik sepenuhnya itu ialah merupakan sebuah kenderaan berkelajuan rendah yang boleh dipandu sehingga 200 batu di jalan awam.

Kredit FOX Business

Selain itu, menurut laman web Alef, kenderaan itu juga dilaporkan boleh bergerak secara menegak ke udara dengan jarak terbang sejauh 110 batu.

Kereta “Model A” syarikat itu dikatakan boleh terbang di atas halangan sehingga sampai ke destinasi yang diingini oleh pemiliknya.

“Pemandu dan kabin distabilkan oleh reka bentuk kabin berputar gimbal yang unik,” kata kenyataan syarikat itu.

Kereta terbang tersebut didakwa mampu mengelak pelbagai halangan

Sementara itu, Alef memuji keupayaan kereta itu dalam mengelak lalu lintas dan terbang ke mana-mana sambil memberikan pemandangan 180 darjah plus sinematik.

Ia juga dikatakan bakal memberikan pengalaman penerbangan yang selamat dan menyeronokkan bagi pemilik kenderaan tersebut.

Kredit FOX Business

Dalam pada itu, prapesan bagi kenderaan tersebut telah dibuka pada harga sekitar USD300,000 (RM1.4 juta). Kenderaan itu dikatakan mampu memuatkan seramai dua orang dalam setiap pemanduan.

Jurucakap FAA memberitahu Fox Business bahawa ia mengeluarkan Sijil Kelayakan Udara Khas untuk pesawat Armada Model Zero pada 12 Jun 2023 yang lalu.

Sijil ini membolehkan pesawat itu digunakan untuk tujuan terhad, termasuk pameran, penyelidikan dan pembangunan.

Menurut FAA, ini bukan pesawat pertama seumpamanya yang mendapat Sijil Kelayakan Udara Khas daripada FAA.

Alef pertama kali memperkenalkan kereta itu pada Oktober tahun lalu.

Mereka mendedahkan bahawa telah menerima bilangan prapesanan yang banyak daripada pelanggan bagi model tersebut.

FAA juga dikatakan sedang mengusahakan dasar untuk berlepas dan mendarat bagi kenderaan elektrik tersebut, kata syarikat itu lagi.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

“Kami teruja untuk menerima pensijilan ini daripada FAA,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alef Jim Dukhovny, yang mengasaskan syarikat itu pada 2015.

“Pensijilan itu membolehkan kami bergerak lebih dekat untuk membawa orang ramai dalam perjalanan yang mesra alam dan lebih pantas.

“Serta menjimatkan masa individu dan syarikat. Ini adalah satu langkah kecil untuk kapal terbang, satu langkah besar untuk kereta,” tambah Dukhovny lagi.

Sumber: New York Post

The post Kereta Terbang Pertama Dunia Bakal Dipasarkan, Harga “Pre-Order” RM1.4 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*