Kenapa Kangkung Dilabel “Illegal” Di US?

kangkung illegal us

Kenapa Kangkung Dilabel “Illegal” Di US?

Kangkung merupakan antara sayuran yang paling biasa dimakan oleh orang Asia dan mudah didapati di Malaysia. Sesetengah masyarakat turut mempunyai cara yang tersendiri untuk menanam tanaman itu di rumah.

Untuk pengetahuan, kangkung adalah jenis sayuran berdaun tropika dan berasal daripada keluarga convolvulaceae dengan nama saintifiknya Ipomoea aquatica serta boleh ditemui di mana-mana kawasan yang berair.

Nama Ipomoea aquatica diberikan kerana bunga kangkung itu berbentuk terompet yang mekar pada waktu pagi. Kangkung itu juga dikenali dengan nama Cina kongxincai yang bermaksud ‘sayuran hati kosong’.

Kredit: invasivespeciesva

Rekod sejarah pada zaman dinasti Ming (1368-1644) mengatakan sayur itu masuk ke China melalui Asia Tenggara tropika, di mana ia dikenali sebagai kangkung atau kubis paya kerana boleh tumbuh di darat dan di dalam air.

Kangkung merupakan sayuran yang popular di Asia Tenggara dan Timur. Apabila kangkung mula diperkenalkan ke Amerika Utara, ia dikatakan spesies tanaman yang berpotensi.

Walau bagaimanapun, kangkung telah menjadi rumpai di negara itu dan telah disenaraikan sebagai rumpai berbahaya. Bagaimana ia boleh berlaku?

BACA: Kenapa Amerika Syarikat Tak Buat “Military Parade” Macam Rusia & China? Ini Alasannya

Sebab pengharaman

Kredit: invasivespeciesva

Pada tahun 1973, negeri Florida mengharamkan penanaman kangkung air China yang telah dibawa masuk sebagai tanaman makanan bukan asli, kerana ia mula merebak (membiak liar) merentasi kolam, menyumbat saluran air dan menghalang bot.

Pihak berwajib persekutuan kemudian mengklasifikasikannya sebagai rumpai berbahaya dan sehingga hari ini, beberapa negeri di  Amerika Syarikat (US) masih melarang penjualan kangkung manakala yang lain membenarkan petani menanamnya hanya dengan permit.

Pada tahun 2003, 90 peratus kangkung di US ditanam di utara California, menurut laporan Portland State University.

Sementara itu di Asia, kangkung adalah sayuran yang bebas ditanam, dibiakkan, dijual dan dimakan selain menjadi antara sumber makanan keperluan.

Berbeza dengan US, ia adalah tumbuhan yang dilarang ditanam secara bebas hingga sedikit sebanyak mengganggu ‘kehendak’ selera orang Asia di sana.

Sebab itu bagi sesetengah komuniti Asia yang menetap di US, ada antara mereka dipercayai sanggup ‘menyeludup’ masuk ke pasar untuk membelinya.

Mempunyai peraturan ketat dan akta

Menurut Emily Wu Pearson dari WABE, US mempunyai akta yang diguna pakai untuk melindungi tanamannya dan penduduk mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Ia dikawal selia secara persekutuan di bawah Akta Perlindungan Tumbuhan, yang menjadikannya haram untuk mengangkut sayur-sayuran di antara negeri tanpa permit.

Untuk mengawal kilang itu, negeri seperti Florida dan Texas mempunyai peraturan yang ketat.

“Di Florida, tumbuhan itu ditanam dalam sebuah rumah hijau dan mesti dituai sebelum pucuk membiak dan semua pembungkusan perlu dilakukan di daratan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum yang membincangkan mengenai pengharaman kangkung di US.

Jelasnya, pucuk lembut sayur itu mempunyai batang berongga dan tumbuh hanya dari keratan. Oleh sebab itu sayuran itu ia menjadikannya berbahaya kepada saluran air.

BACA: Kenapa Oyen “Special” Berbanding Kucing Lain? Ini Kajiannya

Kangkung kini dibenarkan di Georgia

Dalam perkembangan lain, negara seperti Georgia kini membenarkan penjualannya dan tidak lama lagi penduduk di negara itu boleh menanamnya dengan bebas tanpa kawalan.

Walau bagaimanapun, sayuran itu boleh menjadi spesies invasif jika ia tidak dikawal dengan baik.

Perubahan itu adalah petanda pengaruh yang semakin meningkat daripada orang Asia Amerika yang menetap di negara itu.

“Sepanjang dekad lalu, penduduk Asia Georgia meningkat 52 peratus dan orang Asia kini membentuk kira-kira 7 peratus daripada penduduk Metro Atlanta.

“Apa yang turut meningkat ialah permintaan untuk makanan Asia, kata presiden Persatuan Industri Makanan Georgia, Kathy Kuzava. Jadi apabila lebih ramai pendatang datang ke negeri ini, keperluan barangan runcit masyarakat berubah,” katanya.

Sumber: invasivespeciesva, SCMP, NPR

The post Kenapa Kangkung Dilabel “Illegal” Di US? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*