Setia Dari Jam 12, Berpanas Berhujan, 4 Beradik Tiada Rezeki Bersua Dengan Agong dan Permaisuri

4 beradik bersua agong

Setia Dari Jam 12, Berpanas Berhujan, 4 Beradik Gagal Bersua Dengan Agong dan Permaisuri

Seperti semua sedia maklom, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bersama Raja Permaisuri Agong serta anakanda-anakanda baginda sedang mengadakan Kembara Borneo.

Pelbagai ragam rakyat bersama Agong dan Permaisuri yang tular di media sosial sehari dua ini. Terbaru, ada sedikit kisah sedih yang tular semalam di TikTok Rashidah Elfha bersama anak-anaknya.

Kisahnya bermula sejak jam 12.36 tengah hari apa bila Rashidah dan anak-anak menunggu YDP Agong dan Permaisuri serta puteri-puterinya melalui di sebatang jalan. Rashidah dan anak-anak bersemangat siap dengan kertas sepanduk tertulis Permaisuri Hati Kami, Daulat Tuanku, Tengku Jihan dan Selamat Datang Ke Beaufort.

4 beradik bersua agong

Tiada rezeki 4 beradik bersua dengan YDP Agong dan Permaisuri

Mereka empat beranak setia menunggu dan kelihatan beberapa buah kenderaan juga menunggu ketibaan kembara YDP Agong. Apa yang lagi menyentuh hati apabila hujan turun dengan lebat dan angin bertiup kencang. Mereka kekal setia berhujan hingga kertas sepanduk terkoyak dek kebasahan.

Walaupun begitu, anak-anaknya kekal bersemangat dan gembira menanti. Akhirnya, ibunya terpaksa mengalah dengan keadaan cuaca yang semakin memburuk dan ambil keputusan untuk pulang sebelum kembara YDP Agong tiba.

Walaupun tak dapat bersua, netizen tetap memberikan kata-kata semangat dan berpendapat bahawa anak-anak kecil itu sudah memahami salah-satu prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Semoga satu hari nanti hajat anak-anak ini bertemu dengan YDP Agong sekeluarga tercapai.

@rashidahelfha

cerita kami tadi siang… walaupun xda peluang bersua dengan YDPA dan keluarga.. aku harap kenangan ni akan jadi kenangan manis buat anak2 ku.. dan tersematlah di hati dorg rasa sayang dan cinta akan kedaulatan negara ini… #ydpakembarakenaliborneo2023 #beaufortsabah❤ @TENGKU PUTERI JIHAN #ydpakembarakenaliborneo2023

♬ Kenangan Terindah – SAMSONS

Sumber: Rashidah Elfha

The post Setia Dari Jam 12, Berpanas Berhujan, 4 Beradik Tiada Rezeki Bersua Dengan Agong dan Permaisuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*