Anak Siti Nurhaliza Jatuh Skuter, Terpaksa Batal Persembahan

anak siti nurhaliza jatuh skuter

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan persembahannya susulan anak kecilnya terlibat kemalangan kecil iaitu terjatuh ketika bermain skuter.

Walau bagaimanapun, anaknya Siti Aafiyah Khalid telah selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi Instagram Story Siti, Siti Aafiyah dimasukkan ke bilik pembedahan susulan kemalangan kecil yang dialami olehnya.

“Malang tak berbau, anak ibu jatuh skuter kena masuk OT (bilik pembedahan). Doakan semoga Allah S.W.T permudahkan,” memetik hantaran itu.

Siti turut memuat naik keadaan Aafiyah yang sempat dirakam oleh suaminya sebelum dia dihantar untuk dimasukkan ke dalam bilik OT.

“Alhamdullillah. Proses di OT berjalan lancar. In sha Allah, Aafiyah segera sembuh ya.

“Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Tengah pujuk Aafiyah,” tambah Siti.

Akibat jatuh skuter & dirawat, terpaksa batalkan persembahan

Beliau yang juga terkenal dengan lagu Cindai, memohon maaf kepada pihak pengurusan yang terlibat dan memaklumkan mengenai pembatalan persembahan yang dibatalkan pada saat akhir.

“Minta maaf pada ‘client’ (pelanggan) saya terpaksa batalkan persembahan pada saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya.

“Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat yang mendoakan kesihatan buat Aafiyah. Insya Allah, Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini. Amin Ya Rabb,” ujar Siti lagi.

Doa rakan artis dan netizen

Sementara itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti yang lain turut berduka atas kemalangan yang menimpa Aafiyah.

Get well soon Afiyah, hugs,” kata Fara Fauzana.

“Kesian Aafiyah. Semoga Aafiyah cepat sembuh dan sihat and happy again,” tambah Sarimah Ibrahim.

Auto mengalir air mata. Tidak boleh la tengok anak-anak sakit. Moga cepat sembuh sayang. Terus ceria lepas ini, okay,” ujar netizen yang mendoakan Aafiyah.

“Semoga dipermudahkan urusan. Mak-mak je faham perasaan mcm ini. Semoga cepat sembuh Aafiyah sayang,” tambah warganet lagi.

Sumber: Siti Nurhaliza via Instagram Story

BACA: Buat Penampilan Istimewa, Ramai Teruja Tengok Siti Nurhaliza Sampaikan Laporan Cuaca 

The post Anak Siti Nurhaliza Jatuh Skuter, Terpaksa Batal Persembahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*