Keistimewaan Durian Dicatat Dalam Naskah Lama 430 Tahun Lalu – Persatuan Kartografi Melaka 

durian naskah lama

Keistimewaan Durian Dicatat Dalam Naskah Lama 430 Tahun Lalu – Persatuan Kartografi Melaka 

Di Nusantara, durian sememangnya terkenal dan menjadi salah satu buah paling popular dalam kalangan masyarakat. Jadi, tidak hairan mengapa buah berduri ini dipanggil ‘Raja Buah’.

Meskipun rupa paras yang berduri pada bahagian luaran, namun di dalamnya terkandung isi yang cukup manis dan lembut.

Seperti yang kita ketahui, raja buah ini menjadi kegilaan orang ramai menjelang musim durian khususnya di Malaysia. Para penduduk tempatan termasuk pelancong dari luar tidak melepaskan peluang untuk merasai kelazatan buah durian yang lemak berkrim ini.

Jika berfikir mengenai kemasyhuran buah ini, tahukah anda sebenarnya buah durian sudah terkenal dan telah diceritakan oleh saudagar luar sejak ratusan dahulu lagi. Tentunya perkara ini tidak terlintas di dalam fikiran anda kan?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Persatuan Kartografi Melaka di bawah. Semoga bermanfaat.

Rupanya Durian Sudah Tercatat Dalam Naskah Lama

durian naskah lama
Gambar: Fb Persatuan Kartografi Melaka

Durian yang juga mendapat gelaran sebagai raja buah merupakan sejenis buah yang pernah tercatat di dalam beberapa naskah penulisan lama yang menjangkau sehingga lebih 400 tahun lamanya.

Berdasarkan buku lama yang bertajuk Itinerario, voyage ofte schipvaert van Jan Huygen van Linschoten, naer Oost ofte Portugaels Indien yang dihasilkan sekitar tahun 1595 – 1596. Terdapat penulisan yang menceritakan tentang lokasi penanaman dan juga keistimewaan buah durian yang telah tercatat sejak hampir 430 tahun yang lalu.

durian naskah lama
Gambar: Fb Persatuan Kartografi Melaka

BACA JUGA: Dipercayai Wujud Sekitar Tahun 1800, Ini Pokok Yang Pernah Jadi Penanda Sempadan Melaka & N.Sembilan

Di dalam buku tersebut, terdapat lakaran gambar yang memaparkan sebatang pokok durian yang dipenuhi buahnya, dua biji buah durian yang telah gugur dan juga kelihatan beberapa ulas isinya. Pokok yang dinyatakan tersebut ditulis sebagai “Durioens” yang bermaksud durian. Terdapat dua petikan penulisan yang tertulis di bawah gambar pokok dan buah durian tersebut. Penulisan tersebut ialah:

durian naskah lama
Gambar: Fb Persatuan Kartografi Melaka

Petikan Pertama:
Duriones fructus jucunda saporis suavutate pre abis omni: bus habiti eximij, nascuntur tantum in Mallacca.

Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu memberi maksud:
Buah Durian, yang menarik dalam kelembutan rasanya, yang disukai oleh semua, tetapi dianggap sangat baik, dan hanya tumbuh di Melaka.

Petikan Kedua:
Die vruchten diemen Durioens noemt boven alle ander van Smaeck en lieffelickheyt gepreesen, wassen alleen in Mallacca.

Gambar: Fb Persatuan Kartografi Melaka

Terjemahan ke dalam Bahasa Melayu memberi gambaran maksud buah durian adalah buah yang dipuji manisnya dan hanya tumbuh di Melaka.

Petikan informasi yang terdapat di dalam buku berusia hampir 430 tahun ini telah mencatatkan selembar sejarah yang menarik iaitu menceritakan tentang keistimewaan buah durian yang mempunyai rasa yang enak. Pada waktu tersebut berkemungkinan besar buah ini banyak ditanam atau tumbuh di Melaka dan popular di seluruh dunia sehingga tercatatnya di dalam naskah bersejarah ini,

Sumber:
Universiteitsbibliotheek Utrecht
Analisis oleh Pengkaji Kartografi, Persatuan Kartografi Melaka, Shahrul Azzim Abd Aziz

Sumber: Facebook Persatuan Kartografi Melaka

The post Keistimewaan Durian Dicatat Dalam Naskah Lama 430 Tahun Lalu – Persatuan Kartografi Melaka  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*