Tak Puas Hati Dengan Staf Hotel, Lelaki Nekad Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel

Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel

Tak Puas Hati Dengan Staf Hotel, Lelaki Nekad Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel

Seorang tetamu hotel yang berang nekad merempuh lobi sebuah hotel di Shanghai menggunakan kereta yang dipandunya selepas bertengkar dengan pekerja hotel mengenai kehilangan komputer ribanya, lapor Next Shark.

Lelaki berusia 28 tahun itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan pekerja tersebut sebelum bertindak merempuh pintu masuk kaca hotel di Lujiazui.

Lelaki itu juga dikatakan memandu secara melulu di sekitar lobi hotel tersebut dalam kejadian pada Selasa pagi lalu. Kejadian itu berjaya dirakam dan dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

Berdasarkan rakaman video tersebut, pemandu yang memandu kereta sport berwarna putih dilihat merempuh pintu masuk hotel sebelum mengundur dan merempuh lagi sekali masuk ke lobi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Pemandu itu kemudiannya cuba untuk memandu keluar dari lobi hotel berkenaan mengikuti pintu masuk yang sama, namun cubaannya itu telah gagal akibat terhalang dengan pintu hotel berkenaan.

Tindakan pemandu itu turut cuba dihentikan oleh orang ramai yang berada di perkarangan lobi hotel sewaktu kejadian berlaku.

Kakitangan hotel dan penonton dapat dilihat memukul dan mengarahkan pemandu untuk keluar dari kereta tersebut.

“Adakah anda tahu apa yang anda sedang lakukan. Anda gila ke?,” jerit seorang kakitangan dalam video rakaman kejadian tersebut.

Menurut polis tempatan, pemandu kenderaan tersebut dipercayai bertengkar dengan kakitangan hotel itu mengenai kehilangan komputer ribanya ketika menginap di hotel berkenaan.

Kakitangan hotel berkata bahawa komputer riba milik pemandu itu telah dicuri dan dijumpai berada di luar hotel tersebut.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku sewaktu kejadian tersebut. Pemandu itu kemudiannya ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: Next Shark

The post Tak Puas Hati Dengan Staf Hotel, Lelaki Nekad Pandu Kereta Rempuh Lobi Hotel appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*