“Influencer” Dikecam, Buat “Content Fake” Konon-Konon Kutip Sampah Tepi Pantai

influencer content fake

“Influencer” Dikecam, Buat “Content Fake” Konon-Konon Kutip Sampah Tepi Pantai

Perbuatan seorang pempengaruh yang berpura-pura mengutip sampah terkantoi selepas perbuatannya itu dirakam secara sembunyi, lapor News.com.

Berdasarkan video tersebut, perbuatan pempengaruh wanita berambut perang tersebut dapat dilihat sedang memegang dua plastik sampah besar sambil berpura-pura mengutip sampah.

Perbuatan pempengaruh tersebut telah dirakam oleh rakannya sendiri. Wanita itu dapat dilihat mengutip sampah dan kayu yang dimasukkan ke dalam plastik berkenaan sebelum mengakhiri lakonan palsu itu dengan menari.

Walaupun perbuatan itu kelihatan seperti sesuatu yang positif pada awalnya, namun aksi di akhir video berkenaan telah mengejutkan pengguna internet yang lainnya.

Kredit TikTok

Selepas rakannya berhenti merakam, wanita itu seterusnya hanya melemparkan plastik sampah itu di tepi pantai dan berlalu pergi dari kawasan tersebut.

Klip yang menimbulkan kemarahan itu telah menjadi bualan hangat di media sosial dan mendapat komen pelbagai dari pengguna media sosial yang lain.

“Bagaimana cara untuk kelihatan seperti anda menjaga alam sekitar, bahagian pertama,” kata perakam video tersebut dengan sinis.

“Suruh rakan anda merakam sambil anda mengisi sampah ke dalam plastik. Bahagian kedua, lakukan lakonan seperti pemenang Oscar yang sedang berusah payah.

“Bahagian ketiga, raikan jasa baik dengan melakukan tarian. Bahagian keempat, tinggalkan plastik sampah selepas selesai lakonan,” kata perakam itu lagi menerusi video tersebut.

Seorang saksi menegur aksi dua wanita terbabit

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang berada di sekitar kawasan tersebut kedengaran menjerit kepada dua wanita itu ketika mereka berjalan pergi.

“Hei, awak telah meninggalkan beg di sana. Awak melakukan perkara aneh seperti berpura-pura membersihkan sampah. Dari tadi saya perhatikan awak,” kata saksi tersebut.

Walau bagaimanapun, dua wanita itu tidak mempedulikan teguran tersebut dan terus berlalu pergi meninggalkan plastik sampah berkenaan.

Dalam pada itu, seorang hos radio Deanna Carbone telah dikaitkan dengan video muat naik tidak bertanggungjawab tersebut.

Deanna kemudiannya telah memuat naik satu hantaran di media sosialnya bagi menafikan bahawa dia merupakan pempengaruh dalam video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Deanna Carbone 🎙 (@deannacarbonee)

BACA: Tak Perlu Kopek Guna Kuku, Lelaki Ajar Cara Sebenar Buka Gula-Gula Lolipop

“Sekiranya anda terlepas, saya sedang menjadi sasaran kecaman di media sosial selepas seseorang menyangkakan bahawa saya merupakan wanita yang meninggalkan plastik sampah di pantai itu,” tulis Deanna di Instagram.

“Saya tidak pernah membuat kandungan seperti itu, tidak pernah! Saya, rancangan radio, rakan sekerja, serta perniagaan dan pasukan saya tiada kena mengena dengan mereka itu.

“Sila kongsikan video ini, berhenti memberikan komen terhadap saya dan rakan sekerja saya,” tulis muat naik itu lagi.

Menurut lelaki yang memuat naik perkongsian tersebut, ruangan komen video berkenaan telah menerima pelbagai komen kebencian dan ugutan.

Sumber: News.com

The post “Influencer” Dikecam, Buat “Content Fake” Konon-Konon Kutip Sampah Tepi Pantai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*