Kesilapan Terjunan Keempat Ranap Peluang Nur Dhabitah Ke Final

Kesilapan Terjunan Keempat Ranap Peluang Nur Dhabitah Ke Final

Kesilapan Terjunan Keempat Ranap Peluang Nur Dhabitah Ke Final

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri secara mengejut gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, hari ini.

Ia selepas Nur Dhabitah gagal menempatkan diri dalam kelompok 12 penerjun terbaik pada saingan peringkat separuh akhir, demikian menurut laman sesawang kejohanan worldaquatics.com.

Pada saingan separuh akhir itu, beliau yang cemerlang dalam pusingan kelayakan pada sebelah pagi apabila berada dalam kelompok lima terbaik, gagal meneruskan momentum positif itu selepas sekadar mengumpul keseluruhan 285.45 mata di tempat ke-15 daripada 18 peserta.

Selepas tiga terjunan, Dhabitah berusia 24 tahun itu berada di kedudukan enam terbaik, namun kesilapan pada terjunan keempat menyaksikan beliau terperosok ke posisi ke-16 sebelum bangkit mengutip mata pada terjunan terakhir untuk menamatkan saingan di tempat ke-15.

Keputusan tersebut menyaksikan Nur Dhabitah, yang menduduki tempat keempat dalam acara itu di Sukan Olimpik Tokyo 2020, terlepas peluang untuk meraih tiket lebih awal ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Hanya 12 penerjun terbaik di peringkat separuh akhir akan beraksi di final dan layak ke Paris.

Dua wakil China, Chen Yiwen, yang juga juara dunia 2022, dan Chang Yani menamatkan saingan separuh akhir di kedudukan teratas selepas masing-masing mengumpul keseluruhan 363.70 dan 354.75 mata diikuti wakil Jepun, Sayaka Mikami, ketiga dengan meraih 340.55 mata.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara, Ng Yan Yee, terkandas seawal pusingan kelayakan acara sama selepas menduduki tempat ke-36.

Wakil Malaysia yang akan beraksi selepas ini adalah Bertrand Rhodict Lises serta Enrique Harold yang akan turun bersaing dalam 10m platform lelaki bermula esok diikuti gandingan Gabriel Gilbert Daim-Ong Ker Ying (final 3m papan anjal seirama berpasukan) pada Sabtu ini.

BACA: Pernah Terfikir Macam Mana Air Laut Jadi Masin, Mana Datangnya Garam? Ini Jawapannya

Sumber: Bernama

The post Kesilapan Terjunan Keempat Ranap Peluang Nur Dhabitah Ke Final appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*