Ketahui Cara Android Beri Amaran Gempa Bumi Kepada Pengguna

android amaran gempa bumi

Ketahui Cara Android Beri Amaran Gempa Bumi Kepada Pengguna

Gempa bumi berlaku hampir setiap hari di bumi, tetapi kebanyakannya adalah gegaran kecil yang tidak menyebabkan apa-apa kerosakan.

Akan tetapi, gempa bumi yang kecil akan mendorong kepada gempa bumi yang besar, yang boleh berlaku sama ada selepas atau sebelum yang kecil.

Oleh hal yang demikian, amaran awal boleh membantu orang ramai untuk membuat persediaan dalam menghadapi gegaran tersebut.

Bagi yang tidak tahu, untuk mengesan dan memberi amaran kepada orang ramai mengenai gempa bumi menggunakan infrastruktur awam adalah mahal untuk dibina.

BACA: Cara Nak Set Notifikasi Amaran Gempa Bumi Guna ‘Apps’ Weather

Android sediakan peranti kesan gempa bumi

Kredit: Rappler

Disebabkan itu, peranti berperisian Android telah menyediakan pengesanan gempa bumi dan maklumat kepada penggunanya sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Pengesanan gempa bumi juga boleh dibuat melalui carian Google dengan hanya menaip ‘gempa berhampiran saya’.

Informasi yang berguna mengenai gegaran telah disediakan dalam ruangan carian Google di mana amaran akan dikeluarkan beberapa saat sebelum kajian.

Perkara ini dibuat supaya orang ramai dapat menyelamatkan diri bersama orang tersayang ke tempat yang lebih selamat.

Android Earthquake Alerts System ialah perkhidmatan percuma yang mengesan gempa bumi di seluruh dunia dan ia boleh memberi amaran kepada pengguna Android sebelum gegaran bermula.

Mengesan gempa bumi

Kredit: Google

Difahamkan, pihak Google bekerjasama dengan pasukan ShakeAlert untuk memberikan maklumat yang disediakan oleh mereka kepada orang ramai.

ShakeAlert menggunakan rangkaian 1675 penderia seismik untuk mengesan gegaran gempa bumi dan menganalisis data tersebut untuk menentukan lokasi dan saiz gempa bumi.

Setelah dapat mengesan gegaran itu, Sistem ShakeAlert akan menghantar isyarat kepada Android Earthquake Alerts System, yang kemudiannya memberi amaran kepada pengguna Android.

Google menggunakan crowdsourced approach untuk mengesan gempa bumi di luar Amerika Syarikat (US).

Semua telefon pintar mengandungi alat pengukur akselerometer kecil yang boleh merasakan getaran, kelajuan dan isyarat yang menunjukkan gempa bumi mungkin berlaku.

Sekiranya telefon itu mengesan sesuatu yang difikirkan sebagai gempa bumi, ia akan menghantar isyarat kepada server pengesanan gempa bumi Android bersama dengan anggaran kasar lokasi tempat gegaran itu berlaku.

Server itu kemudiannya menggabungkan maklumat yang dikumpul daripada telefon yang lain untuk mengetahui sama ada gempa bumi berlaku atau tidak.

Pendekatan ini menggunakan sekurang-kurangnya 2 bilion telefon bimbit Android yang digunakan di seluruh dunia sebagai seismometer mini untuk mencipta rangkaian pengesanan gempa bumi terbesar di dunia.

Secara asasnya, telefon tersebut mengesan getaran dan kelajuan gegaran gempa bumi. Setelah itu akan memberi amaran kepada pengguna Android mengenai kawasan yang terjejas dengan sewajarnya.

BACA JUGA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Amaran kepada pengguna mengenai gempa bumi

Android mempunyai dua jenis cara pemberitahuan yang direka untuk memaklumkan kepada pengguna tentang gempa bumi.

Kedua-dua jenis amaran hanya dihantar kepada pengguna untuk gempa bumi bermagnitud 4.5 atau lebih tinggi.

Kredit: Google

Gambar di atas menunjukkan pemberitahuan waspada makluman gempa bumi yang berlaku secara lemah atau bergegar perlahan yang diterima oleh orang ramai.

Amaran ini direka bentuk untuk memberi makluman gegaran ringan dan juga menyediakan maklumat tambahan sekiranya masyarakat klik kepada pemberitahuan itu.

Ia hanya dihantar kepada pengguna yang mengalami gegaran Modified Mercalli Intensity (MMI) 3 dan 4 iaitu masyarakat yang duduk dalam bangunan semasa gempa bumi bermagnitud 4.5 atau lebih tinggi berlaku.

Amaran tersebut juga tidak akan menganggu telefon sekiranya meletakkannya dalam mod ‘Do not disturb’.

Kredit: Google

Manakala, gambar yang tertera ini pula merupakan amaran tindakan yang perlu dilakukan oleh awam sekiranya gegaran berlaku sederhana atau kuat.

Ia direka khas untuk menarik perhatian awam sebelum mengalami gegaran sederhana hingga berat, supaya orang ramai boleh mengambil tindakan untuk melindungi diri.

Amaran ini hanya dihantar kepada pengguna yang akan mengalami gegaran MMI 5+ semasa gempa bumi bermagnitud 4.5 atau lebih tinggi.

Walaupun telefon diletakkan dalam mod ‘Do not disturb’, skrin telefon akan dihidupkan serta bunyi juga akan dikeluarkan.

Maklumat keselamatan gempa bumi

Kredit: Google

Maklumat keselamatan gempa bumi akan diberikan sekiranya individu menekan pada amaran pemberitahuan yang diberi.

Langkah mudah boleh diambil sekiranya amaran tersebut ditekan dan ia menyediakan peta terperinci mengenai anggaran awal lokasi dan magnitud gempa bumi.

MetMalaysia

Di Malaysia, kita mempunyai Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang membantu melakukan pengukuran gempa bumi.

Kredit: MetMalaysia

Terdapat beberapa kaedah untuk mengukur ciri-ciri tertentu kejadian gempa bumi, iaitu magnitud dan juga intensiti.

Bagi magnitud, ukuran kekuatan gempa bumi dibuat berdasarkan rekod pergerakan maksimum seismograf.

Oleh itu beberapa jenis skala yang ditetapkan untuk mengukur magnitud gempa bumi seperti magnitud gelombang jasab, gelombang broadband, tempatan, gelombang permukaan, momen gelombang P dan momen.

Bagi intensiti pula, adalah suatu nombor yang menggunakan angka Roman bagi menjelaskan kesan sesuatu gempa bumi terhadap manusia dan kesan ke atas struktur binaan atau bangunan.

Gempa bumi diukur berdasarkan Modified Mercalli Intensity Scale (Skala MMI).

Walau bagaimanapun, kesan gempa bumi itu difahamkan bergantung pada jarak dari pusat gempa dan keadaan geologi.

Sumber: Google Crisis Response, MetMalaysia

The post Ketahui Cara Android Beri Amaran Gempa Bumi Kepada Pengguna appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*