Taksub Dengan Emas, Warga Emas Maut Dalam Lubang Digali Sendiri

Taksub Dengan Emas, Warga Emas Maut Dalam Lubang Digali Sendiri

Seorang warga emas di Brazil, Joao Pimenta da Silva, 71, maut apabila tergelincir di dalam lubang yang digalinya sendiri.

Kejadian ini telah berlaku pada 5 Januari yang lalu di kawasan kejiranan Betania, Ipatinga di Brazil.

Mayatnya dipercayai mengalami kecederaan di kepala dan kedua-dua kakinya telah patah serta mengalami beberapa retakan yang lain.

Menurut jiran-jirannya, lelaki itu menjadi taksub untuk mencari emas apabila mimpinya menunjukkan wujud emas yang tertanam di bawah dapur rumahnya itu.

Justeru bagi mencari emas yang dimimpinya itu, dia tekad menggali lubang sedalam 130 kaki.

Selain itu, menurut Arnaldo da Silva yang merupakan seorang jiran yang membantu mangsa dalam penggalian yang dilakukan, “Sudah lebih setahun dia menggali lubang itu dan dia telah mengupah orang ramai untuk membantu menggalinya.

“Dia mula membayar sebanyak 70 Reias Brazil (RM70) sehari ketika lubang itu masih tidak begitu dalam. Tetapi bayarannya semakin meningkat apabila lubang itu mula menjadi lebih dalam.

“Dia kemudiannya membayar kira-kira 495 Reias Brazil (RM473.00) kepada sesiapa saja yang memasuki lubang itu untuk mengeluarkan tanah.

“Dia telah menemui sebuah batu besar yang sukar untuk dialihkan dan ada khabar angin yang mengatakan dia mahu mencari dinamit untuk membuang batu itu,” kata Arnaldo lagi.

Taksub Dengan Mimpi Emas

Jirannya itu juga mengatakan, Joao Peminta mendakwa dirinya itu didatangi oleh sesuatu di dalam mimpinya dan menyatakan kehadiran emas di bawah lantai dapurnya itu.

Kata jirannya itu lagi, dia sudah cuba menghalang dan memberi amaran mengenai bahaya yang akan menimpa Joao sekiranya dia meneruskan hasratnya itu. Tetapi, amarannya itu diabaikan olehnya.

Anggota bomba telah mengesahkan bahawa mereka menerima panggilan kira-kira jam 1.30 petang pada hari itu. Warga emas terbabit maut dan tidak dapat dikeluarkan oleh jiran-jirannya.

Terdapat beberapa gambar yang menunjukkan lubang yang digalinya itu yang telah dikeluarkan oleh akhbar tempatan Brazil. Lubang yang digali berukuran 33 inci diameter dan dilapor sedalam bangunan 12 tingkat.

Laporan tempatan menyatakan warga emas itu dipercayai telah tergelincir dan terjatuh dari sebuah platform kayu ketika cuba mengeluarkan dirinya dari lubang itu.

Rakan yang dikatakan bekerja dengannya itu tidak dapat menyelamatkannya. Sebaliknya, mayatnya itu telah dikeluarkan oleh anggota kecemasan.

Sumber: Mirror

BACA JUGA: Gambar Makhluk Asing ‘Dibedah’, Dikatakan ‘Diambil’ Dari Area 51

The post Taksub Dengan Emas, Warga Emas Maut Dalam Lubang Digali Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*