Ketahui Sejarah Martabak, Juadah Popular Ketika Ramadan

sejarah martabak

Ketahui Sejarah Martabak, Juadah Popular Ketika Ramadan

Setiap kali bulan Ramadan tiba, tentunya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba pelbagai hidangan sewaktu berbuka.

Bazar Ramadan antara tarikan utama pada bulan suci ini kerana dilimpahi juadah seperti kuih-muih, lauh-pauk dan air. Antara makanan yang sering menjadi pilihan dan popular ketika Ramadan adalah roti john, roti arab dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda masuk sahaja di mana-mana bazar tentu menjumpai salah satu menu ikonik ini, martabak atau lebih dikenali dengan panggilan ‘murtabak’.

Meskipun sering dijual pada hari biasa, namun menu ini mendapatkan sambutan hangat pada Ramadan seolah-olah mempunyai ‘aura’ tersendiri.

Ejaan sebenar adalah “Martabak”

Sebelum mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah makanan ini, mari kita pelajari tentang aksaranya.

Tahukah anda, ejaan sebenar menu ini adalah ‘martabak’ dan bukannya ‘murtabak’ seperti yang sering disebut atau dieja dalam kehidupan.

Kreidt: DBP

Merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), martabak merujuk kepada sejenis makanan seperti roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang dan sebagainya.

BACA: All England: Zii Jia Singkir Pemain No.6 Dunia Untuk Mara Ke Pusingan Kedua

Sejarah Martabak

Gambar: Bernama

Perkataan martabak pada asalnya diambil daripada Bahasa Arab iaitu mutabbaq yang membawa erti hidangan yang dimasak dalam talam rata. 

Menurut Iluminasi, makanan ini dipercayai dihasilkan oleh masyarakat Yaman pada satu ketika dahulu. Difahamkan, makananan ini sejenis menu yang sentiasa berubah dan tidak kekal lama kerana ia mengikut selera masyarakat.

Antara menu mutabbaq yang masih wujud hingga ke hari ini adalah Mutabbaq Samak. Menu ini adalah sejenis hidangan yang menggunakan ikan (Samaka dalam Bahasa Arab) sebagai bahan asas.

Mutabbaq samak ini sangat popular dalam kalangan orang Arab dan rakyat Iraq serta Kuwait kerana ia dianggap sebagai salah satu hidangan tradisi.

Jika dibandingkan dengan martabak yang kita kenali sekarang sangat berbeza kerana mengunakan roti sebagai bahan utama.

Manakala mutabbaq samak pula menggunakan bahan seperti ikan, nasi dan roti yang diatur di atas periuk untuk membentuk lapisan.

Dari mana datangnya martabak di Malaysia?

Gambar: Bernama

Martabak di Malaysia adalah sejenis hidangan yang dikenali mutabar. Mutabar sebenarnya merupakan gabungan perkataan lain iaitu, muta (telur) dan bar (roti) yang membawa maksud roti dan telur.

Versi martabak ini dipercayai berasal dari Selatan India, setelah dibawa masuk oleh pedagang India Muslim di tanah besar India.

Bahkan, migrasi pedagang ini menyebabkan martabak tersebar hingga ke seluruh Asia Tenggara. Jadi, tidak hairan jika makanan ini turut ditemukan di negara-negara tersebut namun dalam pelbagai variasi.

BACA JUGA: Shahrol Shiro Hantar Anak Salah Sekolah, Terkejut Terima “Call” Dari Guru

Jangan pelik kalau lihat martabak di negara lain tak sama seperti di Malaysia

Disebabkan wujudnya kepelbagaian variasi hidangan ini, jadi sukar untuk mengenal pasti jenis makanan itu sebenarnya.

Bagi masyarakat Malaysia dan Singapura, martabak sinonim dengan gabungan telur, daging, dan rempah yang digoreng hingga keemasan.

Manakala di Indonesia pula, terdapat pelbagai jenis martabak termasuk yang ‘diubah’ oleh kaum Cina di sana.

Gambar: Istimewa

Oleh itu, rupa martabak di sana adalah berbeza. Masyarakat Indonesia rata-ratanya mengenali hidangan ini sebagai martabak manis atau martabak bangka. Jika di Malaysia, martabak bangka lebih dikenali dengan nama apam balik.

Di Brunei, roti canai kosong (Malaysia) dipanggil dengan nama martabak kosong.

Cara makan juga berbeza

Bukan sahaja dari segi jenis, malah cara makanan ini dihidangkan juga berbeza. Sesetengah negara menjamu selera bersama kuah kari (Malaysia), ada juga yang makan bersama kuah kicap (Indonesia).

Sementara itu bangsa Arab lebih gemar makan bersama hirisan cili dan lemon.

Semoga bermanfaat

Sumber: Iluminasi, Historia, DBP

The post Ketahui Sejarah Martabak, Juadah Popular Ketika Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*