UMNO, BN Janji Terus Dukung Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

ahmad zahid kerajaan perpaduan

UMNO, BN Janji Terus Dukung Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pimpinan baharu UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata berdasarkan keputusan Pemilihan UMNO 2023 yang berakhir semalam, ia jelas menunjukkan bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional serta akar umbi parti itu memberi dukungan sepenuhnya kepada keutuhan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Manifestasi ini cukup jelas kerana kita lihat walaupun ada usaha untuk menggugat kerajaan yang ada sekarang namun ia jelas ditolak oleh perwakilan (UMNO),” kata beliau yang juga Pengerusi BN selepas menghadiri Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan di sini malam ini.

Mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan turut dihadiri beberapa pimpiKrednan tertinggi parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Baca: Wan Rosdy, Johari & Mohamed Khaled Menang Jawatan Naib Presiden UMNO

Selain sokongan UMNO dan parti komponen BN, Ahmad Zahid yakin setiap parti termasuk dari Sabah dan Sarawak di bawah Kerajaan Perpaduan juga akan terus mendukung kerajaan ini.

“Maka kombinasi 20 parti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan diperkuatkan lagi dengan pimpinan baharu UMNO dan seterusnya insya-Allah akan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani diumumkan memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023-2026.

Sumber: BERNAMA

The post UMNO, BN Janji Terus Dukung Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*