Khas Untuk Penumpang Malas Berborak, Grab Malaysia Lancarkan Ciri “Quiet Ride”

Grab Malaysia quiet ride

Khas Untuk Penumpang Malas Berborak, Grab Malaysia Lancarkan Ciri “Quiet Ride”

Grab Malaysia dilaporkan telah memperkenalkan sebuah ciri terbaharu di dalam aplikasi mereka yang dinamakan sebagai ‘Quiet Ride’.

Pengumuman penggunaan ciri terbaharu itu dibuat selepas beberapa bulan tempoh percubaan telah dilakukan oleh syarikat e-hailing tersebut.

Namun sebelum itu, apa sebenarnya fungsi ciri Quiet Ride ini diperkenalkan?

Quiet Ride ialah sebuah ciri yang memaklumkan kepada pemandu bahawa pengguna boleh memilih perjalanan dengan perbualan yang minimum. Malah perkhidmatan terbaharu itu tidak mengenakan sebarang caj tambahan.

Jika anda lebih suka pilihan ini untuk membuat tempahan GrabCar, maka terdapat beberapa langkah yang perlu anda buat untuk perkhidmatan tersebut.

Untuk mendapatkan perkhidmatan perjalanan yang tenang tanpa gangguan tersebut, anda hanya perlu memilih butang menu (titik tiga) di bahagian bawah skrin untuk GrabCar.

Kredit Grab

Kemudian tukar kepada pilihan Quiet Ride. Setelah dipilih, anda seharusnya akan mempunyai interaksi minimum dengan pemandu GrabCar tersebut.

Kredit Grab

Menurut Grab, pemandu akan dimaklumkan berkenaan pemilihan Quiet Ride tersebut. Namun komunikasi yang dirasakan penting masih perlu untuk berlaku.

Sebagai contoh, pemandu masih perlu bercakap dengan anda untuk mengesahkan nama, lokasi penghantaran, suhu penyaman udara dan laluan pilihan anda.

Tambah Grab lagi, jika pemandu masih berbual dengan anda, terdapat kemungkinan pemandu tersebut terlepas tentang pemberitahuan Quiet Ride tersebut.

Jika terjadi seperti ini, penumpang dinasihatkan untuk memberitahu pemandu tersebut berkenaan pemilihan perkhidmatan Quiet Ride yang telah anda lakukan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman web rasmi Grab Malaysia untuk FAQ berkenaan Quiet Ride.

Terdahulu Siakap Keli pernah melaporkan sebuah kejadian di mana seorang pemandu Grab bernama Muhammad Noor Izaat berkongsi cerita seram berhubung ‘entiti’ misteri yang dikatakan ‘berlakon’ menjadi penumpang di satu kawasan terpencil.

Dalam hantaran Facebook lelaki itu, dia menceritakan bagaimana interaksi antara mereka meninggalkan kesan yang mendalam hingga Noor Izaat masih berasa merinding dan seram sejuk apabila mengingati balik kejadian ngeri itu.

Sumber: Grab Malaysia

The post Khas Untuk Penumpang Malas Berborak, Grab Malaysia Lancarkan Ciri “Quiet Ride” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*