Travel Local Belanja Sambut Tahun Baru Atas Menara Kuala Lumpur

tahun baharu menara kuala lumpur

Kemeriahan Sambutan Tahun Baharu Di Menara Kuala Lumpur

Sedar tak sedar, tahun 2023 sudah pun melabuhkan tirai. Pada malam tahun baharu mesti ramai yang keluar untuk menyaksikan bunga api. Ye la siapa sahaja yang tak teruja bukan? Lebih-lebih lagi apabila ditemani dengan percikan bunga api.

Min pun malam tadi berkesempatan untuk melihat keindahan bunga api di Menara Kuala Lumpur. Bukan setakat satu je bunga api min tengok, malah berpuluh-puluh percikan di pelbagai tempat.

Disebabkan Menara Kuala Lumpur menawarkan pemandangan 360 darjah untuk melihat ibu kota dari ketinggian 300 meter, min pun tak melepaskan peluang untuk merakamkan suasana tersebut. 

Boleh dikatakan banyak juga percikan bunga api yang min tengok sambil ditemani dengan lagu yang dibawakan oleh kumpulan Menara Kuala Lumpur sendiri yang diberi nama The Sky Band.

Semasa sambutan Tahun Baharu 2024 semalam, boleh dikatakan ramai yang berpusu-pusu untuk ke tempat ni kerana bukan sahaja boleh bersantai tapi boleh layan perasaan sambil melihat pemandangan dari tempat tinggi tu.

Kerdit: Siakap Keli

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur, Nazli Saad, tarikan utama Menara Kuala Lumpur adalah pelancong dapat menyaksikan bunga api di ibu kota dengan pemandangan 360 darjah dari ketinggian 300 meter di Sky Deck.

“Menara Kuala Lumpur mengadakan 2024 New Year’s Countdown bermula jam 10.30 malam dan menawarkan pengalaman yang berbeza daripada lokasi sambutan tahun baru yang lain.

“Di sini, para pengunjung dapat melihat percikkan bunga api sekitar Kuala Lumpur dari ketinggian 300 meter di Sky Deck dengan pakej yang merangkumi Fun Party Pack, Light Refreshment @ Sky Deck, 360 darjah Camera Video Booth and Live Music Performance By The Sky Band.

“Ketika ambang tahun baru, kami juga melanjutkan waktu operasi sehingga jam 1 pagi bagi tarikan lain seperti Observation Deck dan Tower Walk 100,” katanya. 

Gambar: Siakap Keli

Sambil-sambil makan makanan yang disediakan pihak Menara Kuala Lumpur, min pun dengan santai melayan lagu Uptown Funk yang dibawakan kumpulan tersebut.

Memang seronok berada di atas, malam tu juga Sky Deck dipenuhi dengan para pelancong dari pelbagai negara yang mahu menyaksikan percikan bunga api. Rata-rata mereka seronok, katanya boleh tengok langit pada waktu malam dan tidak dinafikan, pemandangan semalam sangat indah ditemani bulan.

Pada malam terakhir 31 Disember, min juga dapat menyaksikan Menara Berkembar Petronas (KLCC), menara Tun Razak Exchange (TRX) dan bermacam lagi dengan jarak dekat sekali gus menjadikan ia sebagai malam bermakna buat min.

Meskipun tahun baharu disambut namun Menara Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada Palestin dengan menyalakan lampu pada setiap hari Jumaat.

“Sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada Palestin, Menara Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif dengan menyalakan lampu di keseluruhan menara dengan warna bendera Palestin pada setiap hari Jumaat, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam,” kata Nazli.

Lebih mudah dengan Jom Travel Local

Kredit: Siakap Keli

Kalau nak lagi seronok, korang boleh dapatkan tiket dengan ejen yang sah iaitu Jom Travel Local, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti tempahan penerbangan, tempahan hotel, pakej pelancongan, insurans perjalanan, dan bantuan permohonan visa kepada individu, keluarga dan perniagaan.

Bukan setakat Menara Kuala Lumpur sahaja, pelbagai tempat korang boleh lawati dengan Jom Travel Local. Jadikan percutian anda lebih menarik dengan lawati tempat di negara ini dengan Jom Travel Local.

The post Travel Local Belanja Sambut Tahun Baru Atas Menara Kuala Lumpur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*