KJ “Suggest” Jadi Calon PRN Di Kelantan, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding

baby shima batal hasrat bertanding prn

KJ “Suggest” Jadi Calon PRN Di Kelantan, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding

Penyanyi dangdut Baby Shima menerusi perkongsian videonya pada hari ini menyatakan bahawa dia tidak jadi bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada kali ini, lapor Sinar Harian.

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkongsikan video tersebut di laman Instagram yang merupakan perbualannya bersama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi perbualan itu, Baby Shima telah bertanyakan kepada Khairy di mana lokasi yang terbaik untuk dia bertanding dalam PRN kali ini.

Khairy kemudiannya telah menjawab soalan tersebut dengan mencadangkan negeri Kelantan sebagai lokasi yang sesuai untuk Baby Shima bertanding.

“Saya rasa Shima sesuai (bertanding) di Kelantan,” jawab Khairy setelah mendengar soalan tersebut. 

Video itu kemudiannya berakhir sampai disitu sahaja sambil diiringi suara latar audio bunyi cengkerik.

“Alamak kalau macam itu, maaf YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Shima tidak jadi nak bertanding.

“Maaf semua tak jadi nak tanding,” tulis Baby Shima menerusi hantaran muat naik video tersebut. 

Baby Shima Umum Bertanding PRN

Terdahulu, Baby Shima mengumumkan dirinya akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung Ogos ini.

Malah Baby Shima turut berpesan kepada orang awam agar membuat keputusan yang betul dalam memilih calon terbaik.

“Assalamualaikum rakyat Malaysia, dengan ini saya ingin mengumumkan yang saya akan bertanding PRN ini untuk berkhidmat dan membela rakyat.

“Ingat, kamu (pengundi) bawa perubahan (kepada negara). Fikir-fikirkanlah anak muda,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Instagram miliknya petang tadi.

Dalam pada itu, Baby Shima turut ‘menadah 10 jari’ jasa baik rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepadanya dalam membela nasib rakyat.

“Dengan penuh rasa rendah diri dan mohon jasa baik semua rakyat Malaysia, Shima akan bertanding PRN ini..dan berkhidmat unutuk semua,” tambahnya di ruangan kapsyen.

BACA: Tular Rakaman Ular Sawa Gergasi Ditemui Dalam Tasik Ayer Keroh

Walau bagaimanapun, penyanyi kelahiran Johor Bahru berusia 31 tahun tersebut tidak menyatakan parti manakah yang akan diwakilinya pada PRN nanti.

Imbas kembali, tarikh rasmi PRN bagi enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan ialah pada 12 Ogos depan.

Sementara itu, tarikh bagi hari pengundian awal pula ialah pada 8 Ogos sebelumnya seperti yang telah ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini.

Sumber: Sinar Harian

The post KJ “Suggest” Jadi Calon PRN Di Kelantan, Baby Shima Batal Hasrat Bertanding appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*