Lelaki Tak Dapat Tahan Tangis, Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Istimewa Sempena Tamat Latihan Perajurit

potret arwah ibu

Lelaki Tak Dapat Tahan Tangis, Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Istimewa Sempena Tamat Latihan Perajurit

Setiap insan yang bergelar seorang ‘anak’ pastinya mahu membanggakan kedua-dua ibu bapa dengan kejayaan yang dikecapi. Lebih-lebih lagi hari yang cukup bermakna seperti Majlis Konvokesyen dan pelbagai lagi.

Sudah tentu, insan yang ingin kita saksikan kehadiran mereka pada hari penuh bersejarah itu tidak lain adalah tulang belakang kita, ibu dan bapa.

Baru-baru ini tular satu perkongsian video memaparkan seorang perajurit muda menyambut kejayaannya menamatkan latihan ketenteraan.

Tatkala ahli keluarga lain yang menyambut kejayaan tersebut dengan penuh kegembiraan, lelaki yang dikenali sebagai Hidayat atau ‘Dayat’ menyambut kejayaannya menamatkan latihan tersebut dengan penuh pilu.

Dalam video yang dimuat naik oleh Tinie Padil II (dipercayai kakak kepada Dayat) di TikTok, mengucapkan tahniah di atas kejayaannya menamat latihan ketenteraan itu selama beberapa bulan.

“Satu kejayaan terbalas selama 6 bulan disini, penat lelah, pahit manis, sakit bangun kamu buat untuk kami. Tahniah intake 197 !” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Dalam sambutan tersebut kesemua ahli keluarga hadir untuk meraikan kejayaan anak bongsu daripada lima beradik itu dengan satu hadiah lengkap berbalut riben.

“Ada hadiah la kat hang, kami bukan mai kami ja, akak nak hang bukak lah kami dah bawak,” kata kakaknya.

Gambar: TikTok @Tinie Padil II

“Sebuah Potret”

Sewaktu meleraikan ikatan riben itu, reaksi perajurit tersebut terus berubah apabila melihat di sebalik bungkusan itu adalah potret ibunya meskipun tidak terbuka sepenuhnya.

Mereka sekeluarga dipenuhi rasa sebak melihat reaksi Dayat yang tidak dapat menahan pilu.

potret ibu perajurit
Gambar: TikTok @Tinie Padil II

Turut dihujani air mata adalah ayah kepada Dayat yang tidak dapat menahan sebak melihat reaksi anak bongsunya itu,

BACA JUGA: Dato Awie Tak Tahan Sebak Lihat Adik Amir ‘Tarik’ Lagu Sesungguhnya

Jelas kakaknya, sepanjang 32 tahun, dia tidak pernah melihat ayahnya mengalirkan air mata.

Rindu Yang Tiada Penghujung

“Dayat kuatkan, Dayat sampai sini dah kan. Dayat kuat dah. Kami dah mai tengok dayat ni kami dah tau, Dayat kuat. Kalau Dayat tak kuat, Dayat tak sampai sini tau! Kalau Dayat tak kuat, Dayat tak sampai sini betoi dak Dayat?

“Haa, baguih Dayat ni. Takpa kita bukak perabih, kita tengok sama-sama,” pujuk kakaknya yang cuba menenangkan adik bongsunya itu.

potret ibu perajurit
Gambar: TikTok @Tinie Padil II

Sementara itu, perajurit itu tidak mampu berkata-kata dan hanya menatap potret ibunya penuh hiba.

 Netizen “Banjir” Air Mata

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘banjir’ melihat suasana pilu itu.

Sebahagian warganet mendoakan Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

potret ibu perajurit potret ibu perajurit

Untuk makluman, video berkenaan mendapat lebih 3.6 juta tontonan dengan lebih 260,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

@tiniepadil_makeupbridal

maafkan akak dan adik beradik yg lain akk xsangka suprise kami boleh jadi sampai mcm ni😭 . . #passingout #tlpm197 #passingout197 #intake197 #siri197 #viralfyp #armylife #tlpm48wanita #pusasda #siblinggoals #tenteradaratmalaysia #askarmalaysia #tamatlatihanperajuritmudalelaki #tamatlatihantenteradarat #viralkini #tiktoksad #gerakkhas #perajuritmuda #perajuritmudatenteradarat #lorenghijau #familygoals #brothersister #budakaskar #rekruttentera #soundviral #alfatihahmak #arwah #fypp #masukberanda #foryou #malamakrab #seo #seoviral #lisa #suprisegambar #framearwah #pranksad

♬ original sound – Tinie Padil II – Tinie Padil II

Sumber: TikTok @Tinie Padil II

The post Lelaki Tak Dapat Tahan Tangis, Potret Arwah Ibu Jadi Hadiah Istimewa Sempena Tamat Latihan Perajurit appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*