Kluster “Ex-Gf” Bawa Sepanduk, Sabotaj Kenduri Bekas Kekasih

bekas kekasih sepanduk sabotaj

Kluster “Ex-Gf” Bawa Sepanduk, Sabotaj Kenduri Bekas Kekasih

Seorang lelaki di China sepatutnya menikmati hari yang paling indah dalam hidupnya. Namun, apakan daya apabila hari perkahwinannya bertukar menjadi mimpi ngeri yang mungkin tidak akan mampu dilupakan.

Tidak ubah seperti plot drama, sekumpulan bekas kekasihnya telah hadir ke majlis perkahwinan itu dan membalas dendam dengan mensabotaj majlis tersebut.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6 Februari lepas, hadirin majlis berkenaan dikejutkan situasi luar biasa lagi tidak dijangka oleh sesiapa pun.

Difahamkan, majlis berkenaan menerima tetamu tidak diundang apabil sekumpulan wanita berkumpul sambil membawa sepanduk berwarna merah.

“Kami semua bekas kekasihnya dan hari ini kami akan hancurkan awak (lelaki tersebut)”, menerusi ayat yang tertera pada sepanduk berkenaan.

Kluster “Ex-Gf” Bawa Sepanduk, Sabotaj Kenduri Bekas Kekasih

Pada awalnya, ramai yang menyangka insiden itu hanyalah gurauan yang dirancang oleh rakan-rakan kepada pengantin lelaki. Namun begitu, tetamu mendapat tahu bahawa wanita-wanita yang berkumpul tersebut benar-benar pernah memiliki hubungan romantik bersama pengantin lelaki itu.

Difahamkan, rasa kecewa dan terluka menjadi pendorong kepada mereka nekad mengambil mengambil keputusan untuk mensabotaj hari bahagia bekas teman lelaki mereka.

Insiden berkenaan turut dirakam dan kemudian menjadi tular, khususnya menerusi aplikasi media sosial tempatan.

Menerusi laporan media tempatan, pengantin lelaki berkenaan mengakui kecewa dan berasa teramat malu dengan situasi yang berlaku.

”Ia sangat memalukan saya. Sekarang, seluruh ahli keluarga, isteri dan juga keluarga mentua berasa sangat kecewa dengan saya,” katanya.

Bagaimanapun, dia mengakui pernah menjalin hubungan percintaan dengan semua wanita tersebut. Malah, dia juga mengakui ada diantaranya pernah dikecewakannya sebelum ini.

Namun begitu, dia menegaskan pengalaman percintaan yang lepas telah mematangkan dirinya dan kini melayan orang tersayang dengan lebih baik.

Sehingga kini, isteri dan keluarga mentuanya dilaporkan masih tidak bercakap dengannya. Media turut melaporkan keluarga mentuanya meminta penjelasan berhubung insiden tersebut. Mereka menganggap kehadiran wanita-wanita berkenaan menyebabkan majlis perkahwinan anak gadis mereka menjadi kucar-kacir.

Nasihat para lelaki untuk tidak menyakitkan hati wanita

Pengantin lelaki dilaporkan telah pun memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas. Permohonan maaf turut ditujukan kepada semua bekas teman wanitanya. Dia juga sempat menasihati lelaki lain agar sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap wanita.

“Anda mesti setia dengan kekasih anda, bukannya curang dengan mereka. Jika mereka memutuskan untuk menyuarakan rasa sakit hati yang dihadapi, maka padah sedang menanti anda semua,” katanya lagi.

BACA: Agong Tepuk Dahi Ditipu Lelaki Botak Pakai Topi, “Saya Kena Tipu Dah..”

Sumber: Oddity Central 

The post Kluster “Ex-Gf” Bawa Sepanduk, Sabotaj Kenduri Bekas Kekasih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*