Laluan WCE Beruas-Taiping Dijangka Dibuka Menjelang Aidilfitri

Laluan wce beruas

Laluan WCE Beruas-Taiping Dijangka Dibuka Menjelang Aidilfitri

TAIPING —  Jajaran Seksyen 11 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Beruas ke Taiping Selatan bakal dibuka menjelang Hari Raya Aidilfitri ini, lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dr Nadzrol Fadzilah Ahmad, pemeriksaan menyeluruh khususnya aspek keselamatan sedang dijalankan di lebuhraya sejauh 35.5 kilometer (km) itu.

Ia bagi memastikan lebuh raya itu selamat digunakan sebelum ia dibuka kepada pengguna lebuh raya.

Gambar: Saarani Mohamad

“Kita ada usaha untuk buka laluan ini pada Tahun Baru Cina tetapi kita tidak boleh sahkan ia dapat dibuka sebelum perayaan berkenaan kerana masih tertakluk kepada faktor keselamatan.

“Tetapi kalau suku tahun pertama saya rasa tidak akan sampai bulan April kerana kita ada keyakinan tinggi ia akan dibuka sebelum Aidilfitri,” katanya.

Laluan WCE Beruas-Taiping

Beliau berkata demikian sewaktu lawatan kerja Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Exco Kerajaan Negeri Perak ke Projek WCE Jajaran Seksyen 11 di Changkat Jering hari ini.

Laluan wce dibuka
Gambar: Saarani Mohamad

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif WCE Holdings Berhad, Lyndon Alfred Felix.

Dalam pada itu, Saarani dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan laluan tersebut kini berada dalam fasa akhir sebelum dibuka.

BACA: Wanita Terjatuh Laut Dari Jambatan P.Pinang Dakwa Ditolak Rakannya

“Pagi ini meninjau pelaksanaan Projek Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Jajaran Seksyen 11 melibatkan persimpangan Beruas & Taiping Selatan.

“Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan di seksyen ini sedang berada dalam fasa akhir sebelum dibuka untuk kegunaan orang awam.

“Seksyen 11 ini merupakan pelengkap kepada jajaran Lebuhraya WCE di bahagian laluan negeri Perak dengan jaraknya di antara kedua-dua persimpangan adalah 35.5 km.

“Sehingga kini, lima daripada keseluruhan 11 seksyen pembinaan lebuh raya ini telah dibuka kepada trafik iaitu Seksyen 5 (Klang-Kapar) dan Seksyen 6 (Kapar-Assam Jawa) di Selangor manakala Seksyen 8 (Hutan Melintang-Teluk Intan), Seksyen 9 (Kg. Lekir-Changkat Cermin) dan Seksyen 10 (Changkat Cermin-Beruas) di Perak.

Gambar: Saarani Mohamad

Tambah Saarani, lebuh raya itu sangat penting buat negeri itu kerana bakal meluaskan jaringan pengangkutan.

“Lebuh raya ini amat penting bagi Negeri Perak untuk memperluaskan jaringan pengangkutan, bukan sahaja antara pekan dan daerah, tetapi juga keterhubungan Perak dengan pusat-pusat pertumbuhan ekonomi. Bermula dari Pelabuhan Klang, Pelabuhan Lumut dan Pelabuhan Pulau Pinang.

“Laluan ini juga menjadi pemangkin kepada perancangan Perak untuk menghidupkan lagi pertumbuhan sosioekonomi di sepanjang jajaran pantai barat.

“Ia mengubah landskap pelancongan Perak dengan memudahkan akses ke destinasi-destinasi strategik yang seiring dengan kempen Tahun Melawat Perak 2024. Insha-Allah,” katanya.

Sumber: Sinar Harian, Saarani Mohamad

The post Laluan WCE Beruas-Taiping Dijangka Dibuka Menjelang Aidilfitri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*