KPM Nafi Keputusan SPM 2022 Diumum 25 Mei Ini

KPM nafi keputusan spm

KPM Nafi Keputusan SPM 2022 Diumum 25 Mei Ini

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini menafikan tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Sebaran Keputusan SPM Palsu – KPM

Maklum kementerian itu, KPM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung tarikh keputusan SPM seperti yang ditularkan.

Jelas KPM, sebarang kenyataan rasmi hanya melalui portal rasmi dan media sosial KPM.

“Sebarang kenyataan rasmi hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi KPM. Semak berita palsu, tidak pasti jangan kongsi,” maklum kenyataan itu.

Tular Tarikh Keputusan SPM Diumumkan

Sebelum ini, tular satu kenyataan yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysa (LPM) bersepakat mengeluarkan tarikh keputusan SPM.

Tarikh keputusan SPM berkenaan adalah didakwa pada 25 Mei 2023 (Khamis).

“Ibu bapa atau pelajar boleh menyemak keputusan secara terus di sekolah serta melalui pautan di link dan pesanan ringkas (SMS) tepat pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

“Semakan hanya boleh dibuat melalui http/mysemakan.com/kpm:/ atau SMS ke talian 15888,” maklum kenyataan palsu itu.

BACA  JUGA: “Portal Itu Meletakkan Gambar Saya..,” KPM Nafi Keluarkan Peraturan Guru Dilarang Berleter Terhadap Murid

Keputusan SPM 2021 Diumumkan Pada 16 Jun 2022

Terdahulu, seramai 9,696 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Dalam sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2021 di sini hari ini, beliau berkata Gred Purata Nasional (GPN) yang dicatatkan bagi SPM 2021 adalah 4.86.

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

GPN pada 2020 adalah 4.80, 4.86 pada 2019, 4.89 (2018), 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Sebanyak 55.29 peratus calon lulus sekurang-kurangnya semua mata pelajaran,” katanya.

Nor Zamani berkata calon SPM 2021 yang layak menerima sijil adalah 336,630 iaitu 88.09 peratus daripada 407,097 calon yang mendaftar.

“Calon yang layak menerima sijil mesti lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah,” katanya serta menambah seramai 975 atau 69.10 peratus daripada 1,411 calon berkeperluan khas (CBK) yang menduduki SPM 2021 juga layak mendapat sijil,” katanya.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

The post KPM Nafi Keputusan SPM 2022 Diumum 25 Mei Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*