Manchester United & Crystal Palace Didenda £55,000

Manchester United Crystal Palace Didenda £55000

Manchester United & Crystal Palace Didenda £55,000

Manchester United dan Crystal Palace, masing-masing didenda £55,000 oleh Persatuan Bola Sepak (FA) berikutan konfrontasi besar-besaran semasa perlawanan pada 4 Februari lepas.

“Manchester United dan Crystal Palace masing-masing menerima dan menafikan bahawa mereka gagal memastikan pemain mengendalikan diri dalam cara yang teratur dan menahan diri daripada tingkah laku yang provoaktif.

“Suruhanjaya kawal selia bebas kemudian mendapati pertuduhan terhadap Crystal Palace terbukti dan mengenakan denda kepada kedua-dua kelab,” maklum FA dalam suatu kenyataan.

Ia berlaku selepas beberapa pemain berkumpul (dari kedua-dua kelab) dalam pergelutan, tetapi dilihat Casemiro satu-satunya pemain yang dilayangkan kad.

Dalam insiden itu, Casemiro dilihat mencengkam leher pemain tengah Palace, Will Hughes dengan kedua-dua tangannya sehingga menyebabkan dia dilayang kad merah.

Justeru United dikenakan denda £55,000, tidak kurang juga Palace turut menerima nasib serupa iaitu dikehendaki membayar jumlah yang sama.

Manchester United Crystal Palace Didenda £55000
Kredit: The Mirror

United benam Palace 2-1

Imbas kembali kejadian berlaku ketika The Red Devils mencatatkan kemenangan 2-1 dengan menewaskan Crystal Palace yang bertandang ke Old Trafford.

United memenangi perlawanan dengan sepakan penalti daripada Bruno pada minit ke-7 perlawanan dan ledakan gol daripada penyerang, Rashford pada minit ke-62.

Bagaimanapun, selang beberapa minit (minit ke-67) pemain tengah United dilayangkan kad merah susulan tindakannya mencengkam Will Hughes dalam pergelutan.

Ia dikatakan berlaku ekoran insiden awal antara Antony dan bintang Palace, Jeffrey Schlupp.

Disebabkan itu, kedua-dua pemain diberikan amaran oleh pengadil di padang, Andre Marriner sebelum dia bertindak untuk memeriksa video bantuan pengadil (VAR).

Ia sekali gus melayangkan kad merah kepada Casemiro sehingga menyebabkan pemain itu terlepas tiga perlawanan penting (dua kali menentang Leeds United dan Leicester City).

Manchester United Crystal Palace Didenda £55000
Kredit: Talk.Sport

Baca juga: Terlepas Tiga Perlawanan Selepas Dilayangkan Kad Merah, United Bimbang Beraksi Tanpa Casemiro

Bagaimanapun, untuk ketiga-tiga perlawanan yang berlangsung, United mempamerkan aksi cemerlang ekoran mencatatkan dua kemenangan (Leeds United & Leicester).

Ia serta seri kepada Leeds United sehingga meletakkan The Red Devils hanya ketinggalan enam mata di belakang pencabar, Manchester City.

Hal ini berikutan United menyatakan kerisauan susulan ketiadaan Casemiro yang memberi impak besar sejak perpindahannya dari Real Madrid pada tahun 2022.

Sumber: Manchester Evening News

The post Manchester United & Crystal Palace Didenda £55,000 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*