Kudung Ketika Remaja, Lelaki Terpilih Jadi Angkasawan Para Pertama ESA

angkasawan para pertama

Kudung Ketika Remaja, Lelaki Terpilih Jadi Angkasawan Para Pertama ESA

John McFall, menjadi angkasawan para pertama yang dipilih untuk menyertai eksperimen angkasa oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA).

Beliau merupakan calon angkasawan para dengan kelainan upaya kudung sebelah kaki. John mengalami kecederaan sehingga kehilangan anggota badan tersebut selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada usia 19 tahun.

Ketika ini, John bergantung kepada kaki palsu berteknologi tinggi bagi membantu pergerakkan hariannya. Beliau kemudian direkrut oleh ESA untuk menyertai eksperimen itu bagi mengkaji bagaimana mahu menjadikan penerbangan angkasa boleh diakses oleh orang kelainan upaya.

Menurut BBC, eksperimen berkenaan bertujuan mengkaji kebolehlaksanaan seseorang individu kelainan upaya untuk tinggal dan bekerja di angkasa lepas.

Untuk eksperimen tersebut, John dibawa menyertai penerbangan parabolik dan merasai persekitaraan tanpa graviti buat pertama kali.

Dalam video yang dimuat naik oleh BBC, John dilihat menikmati suasana seperti di angkasa lepas. Dalam satu masa, dia dilihat terbaring di atas lantai pesawat sebelum mulai terapung dalam ruangan tersebut.

”Ia sangat hebat,” kata John kepada BBC berkenaan pengalamannya merasai suasana angkasa lepas.

Mengulas mengenai penyertaannya dalam eksperimen tersebut, semuanya bermula apabila beliau melihat iklan rekrut yang dikeluarkan oleh ESA.

“Saya mendapat tahu ESA  sedang mencari seorang angkasawan para. Apabila saya melihat syarat-syaratnya, saya cuma berfikir saya adalah orangnya,” kata John.

Kata John lagi, sejak sekian lama beliau gemar untuk menguji had kemampuan dirinya. Apabila kehilangan kaki dan mendapat kaki palsu, beliau segera belajar berjalan kembali dan mula berlari.

Di peringkat awal, aktiviti itu hanya dilakukan sekadar suka-suka, namun beliau kemudian mula terlibat dalam aktiviti lumba lari secara kompetitif.

Pada 2018, penyertaannya dalam Sukan Paralimpik Beijing 2008 membawa tuah apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter.

Pakai kaki palsu berteknologi tinggi

Selepas itu, beliau mengambil keputusan untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang doktor. Ketika ini, John berkhidmat sebagai pendaftar trauma dan ortopedik di Hampshire. Bagaimanapun, John terpaksa menangguh seketika tugas tersebut selepas direkrut ESA kerana merasakan ia merupakan peluang sekali seumur hidup.

“Saya mengikut kata hati dan minat saya untuk sains dan kehidupan,” jelasnya berkenaan keputusan tersebut.

Menyentuh mengenai kaki palsu yang dipakainya, John berkata alat tersebut menggunakan teknologi yang sangat kompleks. Ia menggabungkan beberapa sistem seperti teknologi mikropemproses, hidraulik, giroskop, accelerometer dan penderia-penderia lain.

”Semua teknologi itu membantu lutut saya berfungsi dengan baik di angkasa lepas,” katanya lagi.

BACA: Boleh Ke Ibu Bapa Guna Duit Raya Anak-anak, Apa Hukumnya? Ini Jawapan Dr. Zulkifli

Sumber: BBC

The post Kudung Ketika Remaja, Lelaki Terpilih Jadi Angkasawan Para Pertama ESA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*