Cuaca Panas: Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri – TPM

jemaah menteri bincang lanjut cuti sekolah

Jemaah Menteri Perlu Bincang Cadangan Lanjut Cuti Sekolah – TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jemaah Menteri perlu berbincang untuk melanjutkan cuti sekolah berikutan fenomena gelombang haba.

Katanya, perkara tersebut perlu dilakukan susulan fenomena haba panas yang melanda negara ketika ini sehingga menyebabkan kematian dua orang kanak-kanak.

Tambahnya, urus setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara sudah mengadakan mesyuarat dan menyelaraskan tindakan bersama pelbagai pihak.

“Saya fikir itu (pelanjutan cuti sekolah) harus dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri”

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara, kita telah mengkoordinasikan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja untuk memantau tetapi juga membantu mereka yang terkena strok haba disebabkan perubahan cuaca ini,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, laporan mesyuarat berkaitan strok haba telah diserahkan kepadanya.

Ahmad Zahid memberitahu pihak media ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran UMNO Bahagian Pontian.

Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut, hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut mengingatkan orang ramai agar mengambil langkah berwaspada susulan fenomena itu.

Beliau memaklumkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menjalankan beberapa langkah bagi mengatasi masalah berikutan fenomena itu.

“KKM juga telah mengambil langkah-langkah tertentu dan rakyat di kawasan yang dilanda haba panas dinasihatkan agar minum air bersih dengan lebih banyak.

“Saya dimaklumkan oleh MetMalaysia bahawa cuaca panas ini akan berakhir pada pertengahan bulan Mei. Jadi saya berharap walaupun ini fenomena baharu tetapi kita perlu berjaga-jaga dan mengambil beberapa langkah kesihatan,” katanya.

Sejak Rabu, terdapat dua kematian di Kelantan dipercayai akibat strok haba melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun tujuh bulan.

Muhamad Syamil Aqil meninggal dunia di Klinik Kesihatan Balai dekat Bachok pada jam 9.27 pagi, Selasa dipercayai akibat strok haba dan dehidrasi.

Manakala, Nur Imani Ahmad Faris Fazli dari Kampung Kota, Kota Bahru, Kelantan pula dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi Selasa lepas. Punca kematian dipercayai atas sebab yang sama.

BACA: Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu

Sumber: Sinar Harian 

The post Cuaca Panas: Cadangan Lanjut Cuti Sekolah Perlu Dibincang Jemaah Menteri – TPM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*