Kutipan Kos Pengebumian Arwah NurHaslinda Dah Cukup – Adik

Kutipan Pengebumian NurHaslinda

Kutipan Kos Pengebumian Arwah NurHaslinda Dah Cukup – Adik

Adik kepada Allahyarhamah NurHaslinda binti Abdullah, 30, memaklumkan wang kutipan untuk pengebumian jenazah kakaknya sudah mencukupi.

NurHaslinda sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di Korea Selatan pada Isnin lalu.

“Alhamdulillah… wang kutipan untuk pengebumian arwah kakak dah mencukupi,” kata adik arwah, Niena Eenanna semalam.

Dia turut meluahkan rasa syukur dan memanjatkan doa kepada orang ramai yang memberikan sumbangan bagi memudahkan proses pengebumian kakaknya.

“Ribuan terima kasih yang tak terhingga dari kami (pihak keluarga arwah NurHaslinda binti Abdullah) ucapkan kepada semua yang sudah menyumbang bagi meringankan beban kami dalam menguruskan pengebumian arwah di Korea.

“Yang Berhormat (Yb) yang terlibat, May dan Muhd Hazim yang banyak membantu selama proses bedah siasat bermula sehingga arwah dikebumikan.

“Moga Allah SWT memudahkan urusan dan membalas segala kebaikan semua. Aamin,” katanya.

BACA: Kenali Sadd El-Kafara, Empangan Tertua Di Dunia

Sebelum ini, dia dalam satu hantaran di Facebook memohon sumbangan daripada orang ramai untuk meringankan proses pengebumian jenazah kakaknya.

Ketika itu, jenazah arwah kakaknya berada di sebuah hospital di Cheonju.

Menurut wanita berkenaan, pihak kedutaan memaklumkan kos pengebumian yang perlu ditanggung adalah berjumlah RM22,399.

Kos berkenaan juga dijangka boleh bertambah mengikut jumlah hari jenazah disimpan di hospital tersebut.

Difahamkan, kos sehari yang perlu ditanggung adalah berjumlah kira-kira RM1,600 ke atas.

Dalam satu hantaran berbeza pula, Niena turut memohon kepada individu-individu sekiranya allahyarhamah ada berhutang untuk menghubungi keluarga mereka.

Sumber: Facebook Niena Eenanna

The post Kutipan Kos Pengebumian Arwah NurHaslinda Dah Cukup – Adik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*