Lagi pencemaran bau dikesan di Jenderam Hilir

Pencemaran bau

Pencemaran bau

SHAH ALAM: Penutup tahun 2022 hari ini menyaksikan siri pencemaran sungai apabila Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (KM) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang tadi. 

Menurut kenyataan LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dimaklumkan untuk sebarang kemungkinan dan persediaan di Loji Rawatan Air (LRA).

“Pemantauan rapi sedang dilakukan oleh LUAS dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit. Bacaan terkini sehingga jam 8.45 malam mencatatkan 1 ton,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi dihenti tugas selama tiga hari selepas berlaku tumpahan pati minyak wangi akibat lori pembawanya terlibat dalam kemalangan dekat KM 44.1, Lebuhraya Elite berdekatan Bandar Serenia, Negeri Sembilan.

LUAS dalam satu kenyataan berkata, jarak lokasi kemalangan tersebut ke LRA Semenyih adalah sekitar 6.4km. Jelasnya lagi, semakan segera di lokasi kemalangan tersebut mendapati catatan bau 6 ton.

Jelas kenyataan itu, LUAS meningkatkan perletakkan jumlah activated carbon (AC) di lokasi dan memulakan pemantauan rapi di Sungai Limau Manis yang mengalir masuk ke Sungai Semenyih.

“Penemuan ini sejurus situasi hujan lebat petang tadi dimana aliran sisa yang tersangkut terserap di persekitaran kawasan tumpahan tempohari serta jajaran sungai di luar kawasan negeri Selangor terlarut bersama air larian hujan yang seterusnya mengalir masuk ke Sg. Semenyih di Selangor. 

“Dengan keadaan semasa cuaca dan aliran deras sungai, aliran tercemar dijangkakan flush atau dilute di dalam tempoh tiga hingga ke empat jam,” ujarnya.

Katanya lagi, konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) juga dipohon untuk menyedut segera sisa baki aliran tersebut di lokasi kemalangan.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Lembah Klang akan berdepan ancaman pencemaran dan gangguan bekalan air berterusan berikutan pembangunan wilayah itu tertumpu di bahagian hulu lembangan Sungai Langat dan Sungai Selangor sementara LRA-LRA utama terletak di hilir sungai. – UTUSAN

The post Lagi pencemaran bau dikesan di Jenderam Hilir appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*