Lagi “Power” Dari Anjing, Saintis Berjaya Latih Lebah Untuk Kesan Bom

lebah kesan bom

Lagi “Power” Dari Anjing, Saintis Berjaya Latih Lebah Untuk Kesan Bom

Seperti semua serangga, badan lebah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala dengan dua antena, toraks dengan enam kaki dan perut.

Semua lebah mempunyai bulu bercabang di suatu tempat di badan mereka serta dua pasang sayap.

Hanya lebah betina dikatakan mempunyai penyengat yang merupakan ovipositor diubah suai dari organ asalnya yang digunakan untuk bertelur.

Kebanyakan spesis lebah mempunyai warna hitam dan kuning, tetapi sebenarnya serangga itu datang dalam pelbagai warna termasuk, hijau, biru, merah dan hitam.

Bercakap soal lebah, pelbagai kajian telah dijalankan ke atas haiwan yang boleh menghasilkan madu tersebut.

Kredit NWF

Lebah boleh mengesan bom?

Saintis di Makmal Kebangsaan Los Alamos, New Mexico telah menemui penemuan terbaru di mana lebah boleh menjadi pengesan bom yang berkesan.

Penyelidikan itu mencadangkan bahawa lebah boleh digunakan untuk mengenal pasti sebatian yang tidak menentu seperti TATP.

Kegunaan lebah boleh diharap serta menjadikan ia sebagai pengesan gelombang yang murah untuk dihasilkan dan dilatih.

Timothy Haarmann, pengkaji utama projek Los Alamos berkata dia dan pengkaji yang lain telah melatih lebah untuk memanjangkan proboscises-organ tiub mereka.

Organ itu digunakan oleh lebah untuk menghisap nektar daripada bunga dengan kehadiran bahan letupan.

Apabila proboscis dipanjangkan, lebah kelihatan menjulurkan lidah mereka untuk mengesan bahan tersebut.

Latihan mengesan bom

Dalam usaha mencari kaedah pengesanan bom yang inovatif dan mesra alam, para penyelidik telah menggunakan sekumpulan lebah.

Proses ini bermula dengan pengumpulan lebah secara teliti menggunakan vakum khusus. Ia bagi memastikan penangkapan mereka selamat dan boleh digunakan dalam penyelidikan ini.

Kredit Facebook/Interesting Engineering

Dalam persekitaran makmal, kadar metabolisme lebah menjadi perlahan, menjadikannya lebih mudah untuk diurus semasa latihan mengesan tersebut.

Semasa latihan, serangga ini diperkenalkan dengan bau wap meletup, disertai dengan ganjaran air manis atau nektar.

Dari masa ke semasa, lebah membentuk perkaitan yang luar biasa antara bau bahan letupan dengan ganjaran manis yang diperolehinya.

Perkaitan itu mempamerkan Probiscis Extension Reflex (PER) yang luar biasa daripada serangga tersebut.

Kredit AFP

Untuk memanfaatkan keupayaan unik ini, penyelidik menggunakan dua kaedah berbeza. Satu melibatkan kamera dan algoritma komputer dan satu lagi menggunakan sistem LED inframerah untuk mengukur sambungan proboscis.

Menjelang akhir sesi, lebah yang berjaya dilatih memanjangkan proboscis mereka ke arah bahan letupan.

Lebah yang dilatih pada satu kepekatan wap mudah mengenali dos yang lebih rendah.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Ahli kimia Robert Wingo, salah seorang penyelidik itu berkata bahawa lebah terbukti lebih sensitif daripada kebanyakan peranti buatan manusia yang canggih.

Selepas tempoh singkat mereka dalam pengesanan bom, lebah dikembalikan secara beretika ke sarang mereka.

Mereka dikembalikan secara beretika bagi memastikan kesejahteraan mereka sepanjang proses yang genius ini.

Gabungan biologi dan teknologi yang luar biasa ini telah membuka pintu kepada kaedah pengesanan yang mampan dan sangat sensitif untuk dunia yang lebih selamat.

Sumber: NWF, MIT Technology Review, Interesting Engineering

The post Lagi “Power” Dari Anjing, Saintis Berjaya Latih Lebah Untuk Kesan Bom appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*