Baca Dari “Kulit Ke Kulit”, Will Smith Dedah Telah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

will smith al quran

Baca Dari “Kulit Ke Kulit”, Will Smith Dedah Telah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan

LOS ANGELAS — Bintang filem Hollywood, Will Smith dalam satu podcast mendedahkan bahawa dia telah membaca 30 juzuk  kitab suci Al-Quran, daripada “kulit ke kulit” pada Ramadan tahun lalu, lapor Daily Sabah.

Momen tersebut dikongsikan Smith di Big Time Podcast bersama seorang wartawan Mesir, Amr Adeeb.

“Saya suka kesederhanan, Al-Quran begitu jelas dan adalah suci. Sukar untuk menyebabkan salah faham,” ujarnya.

Gambar: Instagram @mbcmasrtv

Tambah pelakon berusia 56 tahun itu, dia menjelaskan dirinya melalui fasa sukar dalam hidup beberapa tahun lalu dan perkara itu mendorongnya untuk mencari ketenangan.

Oleh itu, dia menghabiskan banyak waktu mempelajari dan membaca kitab suci daripada pelbagai agama.

Bagaimanapun, Smith menyatakan dirinya kagum terhadap kesederhanaan al-Quran selepas membaca kisah Nabi Musa AS.

“Saya kagum melihat banyak rujukan kepada Nabi Musa AS dalam al-Quran,” katanya memetik Detik.com.

Gambar: Instagram @mbcmasrtv

Sebelum ini, Smith menjadi perhatian dunia selepas menampar Chris Rock di atas pentas di Oscar dua tahun lalu. Susulan itu, dia memberitahu untuk mencari “kerohanian” selepas daripada kes berkenaan.

Rapper Terkenal Amerika Syarikat Lil Jon Peluk Islam 

Terdahulu, rapper terkenal Amerika Syarikat (US), DJ dan penerbit muzik, Lil Jon dilaporkan telah memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan, lapor Albawaba.

Penyanyi itu melafazkan kalimah Syahadah itu dikhalayak ramai di Masjid Raja Fahad di Los Angeles sebelum solat Jumaat.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Momen itu sempat dirakamkan dan dimuat naik di media sosial hingga mendapat perhatian orang ramai.

Dalam klip itu memaparkan Lil Jon membaca Syahadah dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sambil dibimbing imam masjid berkenaan.

Sementara itu, Lil Jon dalam hantaran di Instagram meluahkan rasa sangat terharu berikutan beritanya memeluk Islam mendapat reaksi positif.

“Terima kasih banyak saudara dan saudari atas curahan kasih sayang dan kata-kata positif,” tulis pemilik akaun yang mempunyai pengikut melebihi sejuta itu

Lil Jon menjadi individu kedua yang berpengaruh di Amerika Syarikat yang memeluk Islam pada bulan Ramadan selepas aktivis, Shaun King secara rasmi bergelar seorang muslim.

Sumber: Daily Sabah ,  Detik.com

The post Baca Dari “Kulit Ke Kulit”, Will Smith Dedah Telah Baca Al-Quran Sepanjang Ramadan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*