“Semuanya Dipermudahkan,” Azmi Saat & Isteri Timang Anak Perempuan

azmi saat timang anak

“Semuanya Dipermudahkan,” Azmi Saat & Isteri Timang Anak Perempuan

Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd Saat dan isterinya, Nazira Muhammad dilaporkan selamat menimang cahaya mata perempuan pada pukul 3.28 petang tadi.

Khairul Azmi atau lebih dikenali sebagai Azmi Saat memaklumkan khabar gembira itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya sebentar tadi.

Jelasnya, anak keduanya itu diberikan nama Khalisa Insyirah Khairul Azmi.

“Alhamdulillah. Pukul 3.28 tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.

“Baby gebu. Beratnya 3.62kg. Moga Khalisa Insyirah binti Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah,” tulisnya di platform berkenaan.

Dalam pada itu, ahli kumpulan Caliph Buskers itu juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang tidak jemu mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” katanya.

Sebelum ini, Azmi dalam satu perkongsian di platform tersebut sempat memaklumkan perkembangan semasa keadaan isterinya sebelum memasuki wad pembedahan bagi menyambut kelahiran anak mereka.

Dia turut memanjatkan doa agar segala urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

BACA JUGA: “Ia Lebih Selamat..,” Azmi Saat Kongsi Panduan Untuk Bantu Orang Cacat Penglihatan 

“Hari ini harinya yang kami tunggu-tunggu. Kami dah masuk ke wad. Insya-Allah petang ini akan buat pembedahan untuk melahirkan anak kedua.

“Mohon doa kawan-kawan moga prosesnya dipermudahkan dan diberikan keselamatan untuk Puan Nazira Muhammad dan anak kami. Amin..,” katanya.

Azmi Caliph Buskers anak
Gambar: Instagram @azmi_saat

Anak Sulung Tunggu Di “Syurga”

Imbas kembali, pada September 2021, bayi sulung Azmi Saat dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari penyanyi itu bergelar bapa. Khabar duka dikongsikan sendiri olehnya menerusi hantaran di Instagram.

“Allah lebih menyayanginya..Afnan tunggu kami di syurga ya..,” tulisnya.

Azmi turut memaklumkan khabar duka itu di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Dari Alllah dia datang kepada Allah dia dikembalikan. Pukul 1.19 tadi Afnan sudah menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan kami.

“Afnan nak tunggu ayah dan ibu di Syurga. Terima kasih Allah bagi pinjam Afnan walau sekejap.

“Kaulah yang mengatur segalanya dan Kau jugalah yang mengetahui apa yang terbaik buat kami sekeluarga.

“Kau tahu kami sedih dengan kehilangan ini, Moga Afnan dapat jadi syafaat untuk kami ke SyurgaMu ya Allah,” katanya.

Sumber: Instagram @azmi_Saat

The post “Semuanya Dipermudahkan,” Azmi Saat & Isteri Timang Anak Perempuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*