
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat tonik tambahan menjelang aksi hidup mati menentang gergasi Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Selasa ini.
Ia selepas kelab itu mengumumkan tiket bagi aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu sudah habis terjual.
“Tiket perlawanan kedua pusingan 16 ACLE menentang Buriram United sudah habis terjual. Malam bola sepak elit yang hangat di Stadium Sultan Ibrahim,” kata JDT di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers.
Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi gelanggang keramat bagi JDT dianggarkan memiliki kapasiti kira-kira 40,000 penonton.
usteru, kehadiran pemain ke-12 bakal memberi kekuatan tambahan buat skuad Harimau Selatan yang berdepan tugas getir untuk mengatasi Buriram dan mara ke suku akhir.
sumber : BH
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam perlawanan pertama peringkat 16 terakhir di Stadium Buriram, Selasa lalu.
Seandainya berjaya menyingkirkan Buriram United, JDT akan mencipta sejarah mara ke suku akhir buat kali pertama dalam kejohanan tertinggi Asia itu.