Lapan negara sertai Kejohanan Boling Padang Asia di Ipoh

IPOH: Sebanyak lapan negara akan berentap dalam Kejohanan Boling Padang Asia Ke-14 dan B-25 Ke-12 2023 bermula di Arena Lawn Bowls Perak di sini esok.

Negara yang mengambil bahagian terdiri daripada Jepun, Hong Kong, India, Sri Lanka, Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia.

Persatuan Lawn Bowls Perak (PLBP) dipilih sebagai tuan rumah kejohanan enam hari itu.

Lima acara dipertandingkan iaitu single, pairs, triples, fours dan mixed pairs dalam kategori Terbuka manakala kategori B-25 tahun mempertandingkan acara single dan mixed pairs.

Malaysia dan India dijangka bersaing merebut kejuataan berdasarkan pencapaian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Tuan rumah Malaysia mempertaruhkan cabaran kepada Izaat Shameer dalam acara single dan Siti Zalina Ahmad yang memenangi pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022. – UTUSAN

The post Lapan negara sertai Kejohanan Boling Padang Asia di Ipoh appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*