Lelaki Cemas Anak Diculik, Suspek Didakwa Rakan Kongsi

lelaki cemas anak diculik

Lelaki Cemas Anak Diculik, Suspek Didakwa Rakan Kongsi

Seorang lelaki warga Singapura berdepan detik cemas apabila anak lelakinya diculik tiga lelaki di sebuah bengkel di Taman Pelangi, Johor Bahru pada 12 Disember lalu, lapor Mothership.sg.

Lelaki yang dikenali Lin berkata kejadian berlaku ketika dia dan keluarganya melakukan lawatan perniagaan di bengkel baru miliknya di Jalan Serampang Taman Pelangi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anak lelaki dan perempuan Lin bermain di luar bengkel sementara dia berada di dalam.

Menceritakan kembali, Lin berkata isterinya beredar dari tempat kejadian kira-kira seminit sebelum sebuah kereta berwarna emas jenis Proton Wira berhenti di tepi jalan dan menculik anak lelakinya.

Manakala anak perempuannya yang menyaksikan kejadian itu terus berlari meluru ke arahnya untuk memaklumkan tentang perkara yang terjadi.

“Tiba-tiba, saya terdengar anak perempuan saya menjerit meminta tolong. Saya segera keluar dan melihat anak (lelaki) saya sudah tiada,” kata Lin.

Dalam situasi getir itu, Lin cuba untuk mengejar kereta suspek yang didakwa tidak memiliki nombor plat.

BACA: Boleh Hilang Bau Badan, Ni Manfaat Lain Limau Purut Korang Kena Tahu

Ketika dia menghalang laluan kereta tersebut, suspek bertindak untuk merempuh bahagian belakang kereta Lin hingga dia melompat keluar dari keretanya.

Lin yang terdesak untuk menyelamatkan anaknya cuba untuk membuka pintu kereta penculik namun tidak berhasil kerana berkunci.

Dia mula untuk memukul tingkap pemandu dengan sekuat hati sehingga pecah tetapi penculik cuba melarikan diri dengan memandu kereta dengan laju.

Lin yang masih berpaut kepada pintu kereta tercampak keluar apabila kereta itu meluncur dengan laju menyebabkan berlaku beberapa kecederaan di muka dan lengannya.

Anak ditemukan selamat dalam kereta yang ditinggalkan

Bagaimanapun, perkara itu tidak membuatkan Lin berputus asa malah dia kembali ke kereta untuk mengejar suspek.

Ketika sedang sibuk mencari kelibat kenderaan suspek, dia mendapati kereta itu ditinggalkan di tepi jalan kira-kira tiga kilometer dari lampu isyarat.

Lin menemukan anak lelakinya seorang diri dalam kereta dan dia berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Dia kemudiannya membuat laporan polis dan memberikan bukti CCTV supaya siasatan lanjut dapat dijalankan dan turut mendakwa suspek sebelum ini sudah mengintai anaknya sebelum dibawa lari dari bengkel.

Rakan kongsi didakwa dalang utama kes

Hasil siasatan mendapati dalang dalam kes tersebut dikenal pasti sebagai rakan kongsi perniagaannya.

Menurut Lin, sebelum ini dia dan rakan kongsinya berada dalam keadaan yang selamat namun dia percaya penculikan ini bermotifkan wang.

Dia mendakwa rakan kongsi perniagaan itu mengupah tiga lelaki dengan menyewa kereta untuk membantu skim penculikannya.

Pun begitu, rakan kongsinya telah ditangkap oleh polis Malaysia namun tiga suspek yang terlibat masih belum ditemui.

Sebaik pulang ke Singapura, Lin turut membuat laporan polis di Pusat Polis Kejiranan Selatan Ang Mo Kio.

“Saya mahu mendedahkan kejadian ini kepada umum supaya lelaki tersebut berada di bawah pengawasan polis kerana kes ini jelas telah dirancang,” katanya.

Sumber: Mothership.sg

The post Lelaki Cemas Anak Diculik, Suspek Didakwa Rakan Kongsi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*