BMW Car Club Singapore Mohon Maaf, Akui Kesilapan Konvoi & Halang Lalu Lintas

bmw singapore konvoi

BMW Car Club Singapore Mohon Maaf, Akui Kesilapan Konvoi & Halang Lalu Lintas

BMW Car Club Singapore telah menyatakan permohonan maaf selepas melakukan pemanduan konvoi berkumpulan sehingga menghalang lalu lintas di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) pada 9 Jun lalu.

Dalam satu kenyataan, kelab tersebut berkata pihaknya menyedari akan video tular berkaitan kumpulan konvoi itu sejak kebelakangan ini.

Ujarnya, permohonan maaf itu turut dibuat untuk meyakinkan bahawa mereka telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan pihak berwajib.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf dan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh pihak kami.

“Serta untuk meyakinkan semua tentang komitmen kami dalam memberi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

“Kami telah bertanggungjawab sepenuhnya atas pengawasan baru-baru ini dengan memberi kerjasama rapat kepada pihak berkuasa tempatan sebaik sahaja kami mendengar berita itu,” jelasnya pada Ahad.

Menurutnya, siasatan ke atas sekumpulan konvoi BMW itu telah berakhir.

Dalam pada itu, kelab itu juga telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan supaya ia tidak berulang lagi.

“Yakinlah bahawa kami telah membetulkan keadaan dan siasatan kini ditutup.

“Kami sedang melaksanakan langkah tambahan untuk meningkatkan proses dalam memastikan kawalan yang lebih baik.

“Kami komited untuk penambahbaikan berterusan dan sedang mengkaji secara aktif rancangan kami untuk mengelakkan kejadian serupa ini terjadi pada masa hadapan,” ujarnya.

BACA: Bangunan Kediaman Runtuh Dirempuh Kereta BMW

Polis saman pemandu terlibat

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan sekumpulan konvoi BMW dengan plat pendaftaran Singapura memandu perlahan di atas jalan raya.

Gambar: @Panglimaperang/TikTok

Video berdurasi dua minit 50 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun @Panglimaperang telah mendapat perhatian Polis Daerah Seberang Perai Selatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Deputi Superintenden Mohd Norazmi Abd Ghapar mengesahkan kertas siasatan dibuka di bawah Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu Kaedah 16 (1) LN 166/59 kerana melakukan halangan lalu lintas.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 9 Jun 2023 jam 12.30 tengahari, bermula KM3.8 dari arah Batu Kawan hingga KM9.0 arah Batu Maung.

“Kesemua pemandu telah hadir ke IPD SPS dan telah dikenakan saman,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sumber: BMW Car Club Singapore/Facebook

The post BMW Car Club Singapore Mohon Maaf, Akui Kesilapan Konvoi & Halang Lalu Lintas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*