Lelaki Ditahan Bersama Dadah Seberat 2.15kg

"Rider" Ditahan Miliki Dadah Seberat 2.5Kg

Lelaki Ditahan Bersama Dadah Seberat 2.15kg

Seorang lelaki berusia 22 tahun telah ditahan selepas memiliki dadah seberat 2.15 kilogram dalam serbuan di sekitar Johor Bahru, Johor pada Sabtu lalu.

Dalam operasi sekitar jam 9.40 malam, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah melakukan pemeriksaan fizikal ke atas suspek.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata pihaknya telah berjaya menemui dan merampas sejumlah dadah jenis ganja seberat 2.15 Kilogram yang dianggarkan bernilai RM5,000.00.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM1,100.00 dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dianggarkan bernilai RM5,000.00,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raub, hasil saringan awal ujian air kencing mendapati suspek negatif dari sebarang jenis dadah.

“Hasil semakan yang dibuat mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah di bawah Sekysen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Sekysen 380 Kanun Keseksaan.

“Kes itu disiasat di bawah seksyen 398 Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mandatori gantung sampai mati,” katanya.

Sehubungan itu, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 14 Januari ini di bawah Seksyen 117 KPJ.

Maklum Raub lagi, beliau memohon kerjasama daripada orang awam agar sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah boleh menghubungi di talian IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Selatan

The post Lelaki Ditahan Bersama Dadah Seberat 2.15kg appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*