Sejukkan Tekak, Ini Cara Buat Air Dari Pokok Lidah Buaya

Cara Air Pokok Lidah Buaya

Sejukkan Tekak, Ini Cara Buat Air Dari Pokok Lidah Buaya

Tidak dinafikan kebanyakan pokok mengandungi khasiat dan mempunyai pelbagai manfaat. Antaranya termasuklah pokok lidah buaya atau lebih dikenali sebagai pokok aloe vera.

Menurut portal myhealth, pokok lidah buaya terdiri dalam kategori pokok herba. Tumbuhan ini juga mempunyai pelbagai manfaat dalam bidang perubatan termasuklah getahnya mampu menyembuhkan luka, lecuh dan masalah kulit.

Bukan sahaja itu, pokok lidah buaya ini juga kaya dengan vitamin seperti A, C, E B1, B2, B6, dan B12.

Oleh itu, tidak hairan mengapa pokok ini sering ditanam oleh mereka yang gemar bercucuk tanam khususnya golongan wanita.

Selain itu, tumbuhan ini juga boleh dijadikan minuman. Terdapat banyak produk yang menghasilkan air dari lidah buaya ini. Namun, adalah lebih baik jika ia diminum secara segar dan diproses sendiri.

BACA JUGA: Banyak Manfaat ‘Aloe Vera’ Yang Ramai Tak Tahu, Boleh Rawat Luka & Masalah Kulit

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui bagaimana cara hasilkan air pokok lidah buaya menjadi minuman secara semula jadi.

Tanpa membuang masa, mari kita ikuti perkongsian Hasnah Yusof di bawah.

Cara Hasilkan Air Pokok Lidah Buaya

Gambar: Hasnah Yusof

Asalamualaikum. mungkin ada kawan-kawan disini yang ada menanam pokok lidah buaya atau aloevera.

Yang jenis besar tu boleh la cuba buat sendiri air nya. Yang jenis kecik tak berapa sesuai sebab tak ada banyak isi nya.

Pernah tengok di Supermarket satu daun aloevera ni dijual sehingga RM9.

Lebih-lebih lagi cuaca panas sekarang terasa begitu nikmatnya diminum sejuk atau suam atau panas.

Cara Air Pokok Lidah Buaya
Gambar: Hasnah Yusof

Cara Buat Air Lidah Buaya

Buang duri kiri kanan daun tu. Potong-potong isi nya dan kaut dengan sudu.

Basuh la 2 hingga 3 kali untuk hilangkan lendirnya. Masak la dengan gula batu mengikut manis selera masing-masing.

Campurkan daun pandan banyak sikit ya. Biar betul-betul mendidih. Biar lama mendidih pun lagi baik.

Cara Air Pokok Lidah Buaya
Gambar: Hasnah Yusof

BACA JUGA: Ini Tips Semai Biji Betik Agar Tumbuh Subur & Berbuah Lebat

Sumber: Hasnah Yusof via Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

The post Sejukkan Tekak, Ini Cara Buat Air Dari Pokok Lidah Buaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*