Lelaki Kongsi Dah Belanja RM1.7 Juta Kumpul Lebih 12,000 Patung Barbie

kumpul patung Barbie

Lelaki Kongsi Dah Belanja RM1.7 Juta Kumpul Lebih 12,000 Patung Barbie

Setiap orang pasti mempunyai hobi yang mampu mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah mahupun mendatangkan keuntungan.

Ada yang mempunyai hobi membaca buku, mengumpul patung aksi, mengumpul setem dan pelbagai lagi mengikut keinginan seseorang.

Bermacam-macam barangan yang sering menjadi pilihan pengumpul ini ada kalanya bernilai tinggi antaranya ialah kasut, alat muzik, album lagu dan sebagainya.

Barangan yang dikumpul seseorang itu selalunya melambangkan identitinya atau sesuatu yang mereka sangat minat serta mempunyai kesan yang mendalam dalam kehidupan mereka.

Pun begitu, berbeza dengan seorang lelaki dari Singapura ini.

Ia kerana anak patung Barbie yang sering menjadi kegilaan kanak-kanak perempuan itu turut mendapat tempat di hatinya.

Lelaki tersebut dilaporkan telah mengumpul lebih 12,000 koleksi anak patung Barbie sejak 1984 lagi.

Kredit TikTok

Perkongsian berkenaan hobi unik itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @jeffrey.woodmachine.

Berdasarkan perkongsian tersebut, koleksi terawal lelaki tersebut adalah patung milik kakaknya sendiri.

Lelaki yang digelar sebagai pengumpul patung Barbie nombor satu di Singapura itu telah membawa pengunjung untuk melihat koleksi di rumahnya.

Ruang yang dipenuhi rak kaca itu telah disusun patung-patung Barbie yang menjadi koleksi peribadinya.

Selain itu, lantai ruangan tersebut turut dicat dengan warna merah jambu sebagai warna tema bagi anak patung tersebut.

Kredit TikTok

Menurut lelaki berkenaan, BBC memberi anggaran bahawa kesemua koleksi miliknya itu bernilai lebih 500,000 Singapura Dolar (RM1.69 juta).

Berdasarkan video itu lagi, koleksi kegemarannya buat setakat ini adalah sebuah kereta berwarna merah jambu yang berada di dalam filem terbaru Barbie.

Koleksi yang dimiliki lelaki tersebut bukan sahaja daripada jenis Barbie, malah dia juga menyimpan koleksi daripada filem terkenal Star Trek.

Bagaimanapun, video muat naik berdurasi satu minit 30 saat itu sepertinya tidak menunjukkan secara keseluruhan berkenaan koleksi lelaki tersebut.

Video itu berakhir dengan dia menyatakan bahawa koleksi Star Trek turut berada dalam koleksi miliknya.

@jeffrey.woodmachine

#barbie #barbiedoll #barbiecollection #barbiedolls #barbiegirl #barbiemovie #barbiethemovie kalo punya koleksi barbie sebanyak ini, emang harus dibikinin lemari kaca biar aman

♬ original sound – Jeffrey.woodmachine – Jeffrey.woodmachine

Tular Patung ‘Barbie’ Mirip Wajah Sarimah Ibrahim

Tular di Twitter selepas ciapan seorang pengguna yang mendakwa sebuah patung Barbie mirip penyanyi dan pengacara terkenal iaitu Sarimah Ibrahim.

Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @mishaqstn menerusi ‘retweet’ yang dibuat berdasarkan ciapan asal anak patung tersebut.

Menurut pengguna Twitter itu, dia terkejut dengan penampilan anak patung tersebut yang sangat mirip dengan Sarimah Ibrahim atau nama sebenarnya Che Puan Sarimah Ibrahim.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

“Kenapa patung ni nampak macam Sarimah Ibrahim????,” tulis ciapan perempuan tersebut.

Apabila dilihat di ruangan komen ciapan tersebut, ramai yang meninggalkan komen dan menyatakan persamaan tersebut.

“Saya boleh dengar gambar ini nyanyi, ‘Kini kau tiada, tak perlu lagi ku merasa derita mu. Kini kau tiada’,” tulis komen seorang pengguna yang turut memetik lirik lagu Sarimah Ibrahim yang bertajuk ‘Kini kau tiada’.

“Hahahaha memang nampak sebiji,” tulis seorang lagi.

Sumber: TikTok/@jeffrey.woodmachine

The post Lelaki Kongsi Dah Belanja RM1.7 Juta Kumpul Lebih 12,000 Patung Barbie appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*