Noh Salleh Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 23 September Depan

Noh Salleh 23 september

Noh Salleh Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 23 September Depan

Noh Salleh, vokalis kumpulan Indie terkenal Hujan, dijangka bakal menamatkan zaman dudanya bersama tunangnya pada 23 September depan, lapor Astro Awani.

Pengesahan tarikh pernikahan penyanyi itu bersama tunangnya, Fatin Athira Mustapa yang merupakan seorang peguam dibuat menerusi kad undangan perkahwinan yang mula diedarkan.

Kad undangan digital berwarna hitam yang dikongsikan Gempak, jelas tertulis butiran perkahwinan bakal pengantin tersebut.

“Fatin Athira Mustapa & Mohammad Noh Salleh, 23 September 2023,” tulis kad undangan digital tersebut.

Selain itu, maklumat berkenaan lokasi majlis perkahwinan pasangan tersebut turut disertakan di dalam kad digital berkenaan.

Penyanyi kelahiran Sarawak yang popular dengan lagu ‘Angin Kencang’ itu telah memilih sebuah lokasi majlis perkahwinan popular yang terletak di Puchong, Selangor.

Difahamkan, pasangan tersebut akan diijabkabulkan pada sebelah pagi pada tarikh 23 September tersebut.

Tetamu dijemput hadir pada sebelah malam hari yang sama bagi memeriahkan majlis yang dipercayai sebagai majlis resepsi.

Sebelum ini, Noh dan Fatin telah dilaporkan bertunang pada 7 Mei lalu di kediaman keluarga di Putra Heights, Subang Jaya.

Terdahulu, penyanyi merangkap komposer itu pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 40.

Mereka telah disatukan pada 2 Julai 2011, namun mengambil keputusan untuk berpisah pada awal Ogos tahun lalu.

Perkahwinan pasangan itu bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka memiliki seorang anak angkat yang bernama Musa.

Musa telah diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Mizz Nina Umum Sudah Bernikah Dengan Pilihan Hati

Selebriti tanah air, Mizz Nina mengumumkan telah selamat bernikah bersama pilihan hatinya, Essam Muhammad dalam satu majlis pernikahan tertutup yang dihadiri keluarga dan kawan rapat, baru-baru ini.

Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadi miliknya pada hari ini.

“Saya ingin kongsikan kepada anda semua iaitu pengumuman rasmi bahawa saya baru sahaja berkahwin (nikah) pada suku ke-2 2023, kepada suami tercinta Essam Muhammad, dalam majlis peribadi bersama keluarga dan rakan rapat,” tulisnya.

Nina turut memuat naik gambar bersama pasangannya yang memakai pakaian serba putih yang juga dipercayai diambil selepas pernikahan mereka.

Sumber: Astro Awani

The post Noh Salleh Bakal Tamatkan Zaman Duda Pada 23 September Depan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*