Mohd Syahir Digesa Mohon Maaf, Guris Hati Masyarakat Siam

Mohd Syahir digesa mohon maaf

Mohd Syahir Digesa Mohon Maaf, Guris Hati Masyarakat Siam

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Penolong Setiausaha Agung PAS Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia Datuk Seri Boon Som Inong mendakwa Mohd Syahir telah mengguris hati masyarakat Siam di Malaysia apabila beliau menyebut bahawa “sami menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha”, dalam sesi debat berkenaan.

“Kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka, kitab suci agama Buddha.

“Oleh itu, kami seluruh masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu serta menganggapnya keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha,” kata Boon dalam kenyataan hari ini.

Boon berkata Ahli Parlimen Bachok itu wajar menarik balik kenyataannya dan membuat pemohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam di Malaysia.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Beliau berkata sekiranya Mohd Syahir enggan berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis terhadapnya.

“Kami berpendapat kenyataan pemimpin PAS itu sebenarnya ialah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya ialah institusi yang suci pada sisi agama Buddha.

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada semua parti politik di negara ini supaya memahami kedudukan dan sensitiviti ini. Mereka sepatutnya menghormati institusi sami dan tidak melakukan percubaan untuk mengheret institusi ini ke dalam kancah politik,” katanya.

Semalam, Mohd Syahir bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli telah berdebat mengenai hala tuju ekonomi negara melalui satu program debat khas yang berlangsung selama hampir satu jam 30 minit dan disiarkan melalui TV1 dan Astro Awani.

Sumber: BERNAMA

The post Mohd Syahir Digesa Mohon Maaf, Guris Hati Masyarakat Siam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*