Lelaki Korek Kubur, Awet Dan Simpan Mayat Ibu Selama 13 Tahun Di Rumah Berdepan Hukuman Penjara

simpan mayat ibu

Lelaki Korek Kubur, Awet Dan Simpan Mayat Ibu Selama 13 Tahun Di Rumah Berdepan Hukuman Penjara

Seorang lelaki di Poland yang tidak dapat menerima kematian ibunya bakal berdepan hukuman penjara kerana dilaporkan menggali mayat arwah ibunya dan menempatkannya di atas sofa di rumahnya.

Memetik Mirror, polis menemui mayat ‘mumia‘ wanita itu di dalam rumah lelaki yang hanya dinamakan sebagai Marian L di Radlin, Poland. Kejadian hanya terbongkar selepas abang iparnya yang duduk berasingan bimbang mengenai kesihatannya.

Pemeriksaan di rumah lelaki berusia 76 tahun itu menemui mayat ibunya sedang bersandar di atas sofa beralaskan timbunan surat khabar sejak 2009.

Wanita itu dilaporkan telah meninggal dunia dan dikebumikan lebih 13 tahun yang lalu, kata pendakwa raya.

Malgorzata Koniarsk, jurucakap polis tempatan berkata: “Kami menerima laporan berhubung pendedahan mayat daripada ahli keluarga pemilik pangsapuri itu.

“Anggota polis telah pergi ke UI. Rogozina di Radlin. Di bahagian rumah milik seorang lelaki tua, mayat mumia ditemui.” tambah Malgorzata.

Ibunya telah meninggal pada Januari 2010

Joanna Smorczewska dari Pejabat Pendakwa Daerah berkata: “Menurut keputusan ujian DNA, mayat mumia itu ialah milik seorang wanita yang bernama Jadwiga L. Wanita itu telah meninggal dunia pada Januari 2010. Dia merupakan ibu kepada lelaki itu.

“Pemeriksaan mendapati bahawa kubur Jadwiga L, di mana dia dikuburkan pada 16 Januari 2010 telah kosong.

Simpan mayat ibu 13 tahun

“Kemungkinan lelaki itu menggali mayat ibunya sejurus selepas ia dikebumikan. Lelaki itu kemudiannya mengawetnya dan mayat itu kekal di rumah tersebut sejak 2010 lalu,” kata Joanna berkenaan penemuan tersebut.

Marian L dipercayai menggali sendiri mayat itu sebelum membawanya pulang ke rumahnya, yang hanya 300 meter dari tanah perkuburan tempat mayat itu dikebumikan.

Marian juga telah menggunakan bahan kimia untuk mengawet mayat ibunya itu.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Walaupun telah dikebumikan lebih 13 tahun lalu, pegawai berkata mayat itu berada dalam ‘keadaan yang sempurna’.

Marcin Felstynski, Ketua Pejabat Pendakwa Daerah, berkata: “Semuanya menunjukkan bahawa lelaki itu pasti menggunakan beberapa bahan kimia untuk mengawet mayat itu.

“Bau ubat gegat antara yang dapat dikesan,” tambah Marcin.

Difahamkan, mayat wanita itu kini telah selamat dikebumikan semula selepas penemuan itu pada Februari lalu.

Sumber: Mirror

The post Lelaki Korek Kubur, Awet Dan Simpan Mayat Ibu Selama 13 Tahun Di Rumah Berdepan Hukuman Penjara appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*