Majlis Nikah Batal, Mimi Lana Anggap Pembatalan Sebagai Ujian

majlis nikah mimi lana batal

Majlis Nikah Batal, Mimi Lana Anggap Pembatalan Sebagai Ujian

Pelakon Mimi Lana meluahkan bahawa pembatalan pernikahannya bersama dengan Syafiq Kyle sebagai ujian buat mereka, lapor Astro Awani.

Perkara itu diluahkan Mimi menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Hantaran itu jelas merupakan luahan hati yang dipercayai sebagai jawapan kepada desas-desus hangat yang melanda pasangan dua sejoli tersebut.

Menurut Mimi, dia berharap dugaan yang dilaluinya ini dapat membantu untuk membentuk dirinya menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Semoga Allah merahmati saya dan dia serta memberikan ketenangan. Semoga Allah mengizinkan saya dan dia melalui ujian kesabaran ini dan menjadikan kita seorang Muslim yang lebih baik.

“Semoga apa yang saya dan dia percaya sebagai ujian yang paling buruk untuk saya dan dia sebenarnya adalah yang terbaik untuk kami di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Mimi harap dirinya akan terus kuat untuk menempuh ujian ini

Menerusi hantaran yang sama, Mimi juga berharap agar dirinya diberi kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

“Semoga Allah memberi saya dan dia kekuatan, kesabaran untuk terus melangkah. Semoga Allah memberikan kami dikelilingi dengan mereka yang positif.

“Semoga setiap air mata yang kita tumpahkan menjadi jalan untuk menghapuskan dosa, semoga setiap doa yang kita panjatkan dimakbulkan, dan semoga setiap doa yang kita ucapkan dimakbulkan,” tulisnya lagi meluahkan yang terpendam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Sebelum ini, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan berita pembatalan nikah pasangan tersebut.

Majlis pernikahan tersebut yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos depan telah dibatalkan oleh pasangan tersebut secara tiba-tiba.

Terdahulu, hubungan pasangan ini dilaporkan pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun menyulam cinta.

Bagaimanapun, hubungan mereka kembali bertaut selepas mereka dilihat mula berkongsi gambar bersama di media sosial masing-masing.

Sumber: Astro Awani

The post Majlis Nikah Batal, Mimi Lana Anggap Pembatalan Sebagai Ujian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*