Lelaki Maut Bergaduh Dengan Abang Teman Wanita

lelaki abang teman wanita

Lelaki Maut Bergaduh Dengan Abang Teman Wanita

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) — Gara-gara perselisihan faham, seorang lelaki maut dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh, Rawang, Selangor semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Ariffin Mohamad Nasir berkata dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa dilaporkan telah datang ke rumah berkenaan bersama empat suspek termasuk teman wanitanya untuk berbincang tentang masalah hubungan mereka.

“Bagaimanapun, telah berlaku pertengkaran dan pergaduhan di rumah berkenaan. Pada 5 petang seorang daripada ahli keluarga itu telah terdengar perbualan antara suaminya dan abang iparnya untuk menanam satu mayat.

“Ekoran itu, wanita yang berusia 27 tahun itu telah membuat laporan polis pada 11.25 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bertindak atas laporan, sepasukan polis telah dikerah ke tempat kejadian dan menahan tiga beradik termasuk seorang wanita yang berumur antara 29 hingga 33 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata polis menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengesan kedudukan mayat terbabit sebelum berjaya digali keluar pada 5 pagi tadi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ariffin berkata pihaknya kini sedang mengesan empat lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan termasuk suspek utama dan teman wanita mangsa.

Beliau berkata ketiga-tiga beradik berkenaan kini ditahan reman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat ASP Puteri Noor Asiah Mohd Sharif di 012-6718024 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-61262242.

Sumber: BERNAMA

The post Lelaki Maut Bergaduh Dengan Abang Teman Wanita appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*