Lelaki Maut, Hadiah Kahwin Dihantar Bekas Kekasih Isteri Meletup

hadiah kahwin meletup

Lelaki Maut, Hadiah Kahwin Dihantar Bekas Kekasih Isteri Meletup

INDIA – Seorang lelaki yang baru berkahwin dan abangnya dilaporkan meninggal dunia selepas sistem teater rumah yang diterima sebagai hadiah perkahwinan telah meletup pada 3 April lalu.

Memetik laporan BBC News, empat ahli keluarganya yang lain termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun lebih cedera dalam letupan itu.

Dalam kejadian yang berlaku di Chhattisgarh, India Tengah itu, lelaki itu dilapor meninggal dunia di tempat kejadian, manakala abangnya pula meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Difahamkan, hadiah perkahwinan tersebut telah dibungkus bersama bahan letupan.

Letupan itu sangat kuat sehingga menyebabkan dinding dan bumbung bilik  runtuh.

Suspek bekas kekasih pengantin perempuan

Pihak polis berkata bom itu disyaki dihantar oleh bekas kekasih isterinya yang marah kerana dia berkahwin dengan lelaki lain.

Hasil siasatan mendapati, keluarga wanita terbabit tidak merestui hubungan mereka.

“Tertuduh memberitahu bahawa dia telah meletakkan bahan letupan di dalam peranti tersebut dan diberikan kepada pasangan pengantin baharu itu dengan tujuan untuk membunuh mereka,” katanya.

Tambahnya lagi, suspek juga membuat sendiri bom tersebut menggunakan bahan-bahan letupan yang dibeli olehnya.

Gambar: Times of India

Suspek yang berasal dari Madhya Pradesh itu telah ditahan pada Selasa lalu.

Setakat ini, tiada individu lain yang dikesan terlibat dalam jenayah itu, suspek bertindak seorang diri.

Dia telah didakwa mengikut seksyen 302 (pembunuhan) dan 307 (cubaan membunuh) Kanun Keseksaan India (IPC) dan peruntukan Akta Bahan Letupan.

BACA: Bagai Nak ‘Luruh’ Jantung, Lelaki Meloncat Terkejut Dapur “Table Top” Tiba-tiba ‘Meletup’

Terdahulu, kejadian hampir serupa juga pernah dilaporkan berlaku di Odisha pada tahun 2018.

Seorang pengantin lelaki dan dan neneknya maut selepas salah satu hadiah perkahwinan meletup ketika dibuka.

Difahamkan, isterinya pula berada dalam keadaan kritikal akibat letupan tersebut.

Pihak polis berkata hadiah perkahwinan itu dihantar beberapa hari selepas majlis perkahwinan mereka.

Alamat penghantar juga tidak ditulis pada bungkusan yang mengandungi bom itu.

Polis mengesyaki bahawa ia dilakukan oleh seseorang yang tinggal berhampiran kawasan rumah mangsa.

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber : BBC NEWS, The Hindu

The post Lelaki Maut, Hadiah Kahwin Dihantar Bekas Kekasih Isteri Meletup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*