Naik Satu Anak Tangga, The Speedy Tigers Kini Pasukan Ke-9 Terbaik Dunia

The Speedy Tigers

Naik Satu Anak Tangga, The Speedy Tigers Kini Pasukan Ke-9 Terbaik Dunia

Pasukan hoki Malaysia kini berada di kedudukan ke-9 dunia dalam senarai ranking terbaru yang dikeluarkan oleh International Hockey Federation (FIH).

Perubahan satu anak tangga itu adalah disebabkan kejayaan pasukan The Speedy Tigers menundukkan pasukan New Zealand dalam aksi Piala Dunia 2022.

Dalam senarai kedudukan terbaru itu, Malaysia telah menduduki di tempat ke-9 dibelakang Sepanyol. Pasukan Speedy Tigers berjaya mengutip mata sebanyak 1969.77 untuk berada di kedudukan tersebut.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Kredit International Hockey Federation

Negara Asia yang lain berada di dalam kedudukan senarai 10 teratas ialah India di kedudukan ke-6 dengan kutipan sebanyak 2541.23. Malaysia di kedudukan ke-9 dan Korea Selatan pula di tangga ke 10 dengan kutipan mata 1922.09.

Seperti yang diketahui, ketika ini Kejohanan Piala Dunia Hoki FIH Lelaki 2023 sedang berlangsung di India yang bergelar tuan rumah pada edisi ke-15 tahun ini.

Dalam kejohanan berprestij ini, Malaysia telah diundi dalam kumpulan C bersama tiga pasukan lain iaitu Belanda, New Zealand dan Chile.

Semalam, The Speedy Tigers berjaya mengejutkan pasukan New Zealand yang berada di kedudukan ke-12 dunia dengan keputusan 3-2 di Stadium Kalinga di Bhubaneswar, India.

Kemenangan berharga itu membolehkan Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam Kumpulan C selepas mengumpul enam mata selepas tiga perlawanan yang dimainkan.

Malaysia bakal berdepan dengan pasukan Sepanyol yang berada di kedudukan ranking ke-8 dunia dalam pusingan crossover pada 22 Januari ini bagi menentukan pasukan yang layak pergi ke suku akhir.

Sumber: International Hockey Federation

The post Naik Satu Anak Tangga, The Speedy Tigers Kini Pasukan Ke-9 Terbaik Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*