Lelaki Nekad Bakar Kad Jemputan, Hancur Hati Tahu Bakal Isteri Curang 6 Hari Sebelum Majlis

bakal isteri curang 6 hari

Lelaki Nekad Bakar Kad Jemputan, Hancur Hati Tahu Bakal Isteri Curang 6 Hari Sebelum Majlis

Tular di media sosial Indonesia berkenaan sebuah video memaparkan seorang lelaki yang patah hati sedang membakar kad undangan perkahwinannya selepas mendapati bakal isterinya curang.

Kecurangan bakal isteri lelaki itu dilaporkan berlaku enam hari sebelum menjelang hari perkahwinannya.

Kisah lelaki yang membongkar kecurangan bakal isterinya itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang bernama @Alfifachri.

Berdasarkan video perkongsian itu, dapat dilihat ratusan kad jemputan telah dibakar lelaki tersebut yang kecewa dengan kejadian yang menimpanya.

Kredit TikTok

Lelaki itu mendedahkan bahawa sebelum ini dia berasa curiga dengan tingkah laku pelik bakal isterinya itu.

Segalanya terbukti selepas dia mendapati kekasihnya itu telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki.

Kredit TikTok

Wanita itu berjaya ditangkap oleh lelaki itu ketika sedang membonceng motosikal bersama lelaki lain. Mereka dipercayai telah berkenalan melalui aplikasi jodoh secara atas talian.

Kredit TikTok

Lelaki itu juga meluahkan rasa kecewanya selepas pulang dari kerja dan mendapat tahu bahawa bakal isterinya itu keluar bersama lelaki lain dari sebuah aplikasi jodoh.

Kantoi enam hari sebelum majlis perkahwinan

Apa yang lebih menyedihkan adalah hubungan sulit itu terbongkar enam hari sebelum majlis perkahwinan mereka.

“Untuk pelajaran hidup kedepannya, rasa trauma pun muncul kerana adanya kejadian ini.

“Terima kasih wanita yang selalu aku bangga-banggakan didepan teman ku dan keluarga ku, dan sekarang kau membuat luka yang begitu indah bagaikan pelangi,” tulis kapsyen muat naik perkongsian tersebut.

Muat naik perkongsian itu sehingga kini telah ditonton lebih daripada 3 juta tontonan di TikTok.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Netizen juga sempat meninggalkan komen berkenaan perkongsian video yang menyedihkan itu. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Percayalah Allah akan menghapus perasaan mu kepada seseorang, bila seseorang itu tidak baik untukmu,” tulis seorang yang memberikan nasihat.

“Alhamdulillah.. bang Allah kasi tunjuk sebelum abang menyesal… semoga dapat jodoh yang solehah dan mencintai abang sepenuh hati. Amin,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan lelaki itu.

“Semangat bang, Allah selalu mempunyai cara untuk membahagiakan hamba hambanya,” tulis seorang lagi cuba memberi semangat.

@bacot.fuck

untuk pelajaran hidup kedepannya , rasa trauma pun muncul karena ada nya kejadian ini, Terimakasih wanita yg selalu aku bangga2kan didepan teman ku dan keluarga ku, dan sekarang kau membuat luka yg bgitu indah bagaikan pelangi:”) #selingkuhviral #selingkuh #trending #munculdiberanda #fyp #batalnikah #ancur #ancurbnget💔

♬ suara asli – Alfifachri_ – Alfifachri_

Sumber: Tribun News

The post Lelaki Nekad Bakar Kad Jemputan, Hancur Hati Tahu Bakal Isteri Curang 6 Hari Sebelum Majlis appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*