Lelaki Perancis Ditemui Maut, Dipercayai Terjatuh Ketika Panjat Bangunan Di Hong Kong

Lelaki Perancis terjatuh panjat bangunan

Lelaki Perancis Ditemui Maut, Dipercayai Terjatuh Ketika Panjat Bangunan Di Hong Kong

Seorang lelaki Perancis dilaporkan maut di Hong Kong, dipercayai kerana terjatuh dari bangunan tinggi ketika cuba melakukan aksi berani mati, lapor The Guardian.

Polis berkata, lelaki bernama Remi Lucidi, 30, dipercayai terlibat dalam sukan lasak. Mayat mangsa telah ditemui di teres sebuah blok pangsapuri di kawasan Mid-Levels di bandar tersebut.

Mangsa yang menggunakan nama “Remi Enigma” itu mempunyai pengikut yang ramai di media sosial kerana memuat naik gambar struktur bangunan tinggi di seluruh dunia.

Polis Hong Kong berkata siasatan awal mendapati lelaki itu terjatuh dari belebas bangunan tinggi tersebut dan tiada nota bunuh diri ditemui di tempat kejadian.

Lelaki itu dikatakan memasuki blok apartmen itu dengan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia mahu melawat rakannya di tingkat 40.

Bagaimanapun, dia akhirnya telah pergi ke tingkat 49 dan mengakses ruang tangga di tingkat atas.

Kredit Instagram

Lucidi dikatakan sempat mengetuk sebuah tingkap penthouse di bangunan tersebut

Menurut polis, mangsa juga dikatakan telah mengetuk tingkap sebuah apartmen penthouse di tingkat 68 kira-kira 7.30 malam waktu tempatan, Khamis lalu.

Lelaki itu dikatakan mengetuk tingkap penthouse tersebut kerana mahu meminta kebenaran untuk masuk.

Namun, pembantu rumah di rumah berkenaan memberitahu polis bahawa lelaki itu mencurigakan dan tidak mengendahkannya.

BACA: Kehilangan Jutawan Kripto Terjawab, Ditemui Mati & Mayat Dikerat

Polis kemudian menerima panggilan daripada pihak keselamatan mengenai kebocoran gas. Tetapi sewaktu mereka tiba di tempat kejadian, mayat lelaki itu telah ditemui di luar bangunan. Lelaki tersebut telah terjatuh di atas paip gas lalu menyebabkan paip tersebut pecah.

Pegawai polis turut menemui kad pengenalan Perancis pada mayat tersebut berserta kamera sukan dengan rakaman lama beberapa sukan lasak.

Pengikutnya dilihat meratapi pemergiannya di media sosial. Lucidi kali terakhir dilihat menyiarkan gambar pemandangan malam di Hong Kong seminggu yang lalu di Instagram.

Dia telah menandakan lokasi itu sebagai Times Square di daerah beli-belah Causeway Bay.

Sumber: The Guardian

The post Lelaki Perancis Ditemui Maut, Dipercayai Terjatuh Ketika Panjat Bangunan Di Hong Kong appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*