TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti dengan Penuh Gaya Menerusi #InspirasiRaya

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 12 Mei 2023TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih, menghimpunkan pencipta kandungan daripada komuniti TikTok Malaysia pada malam penuh inspirasi dan keraian di acara #InspirasiRaya pada 11 Mei 2023.

“TikTok adalah platform yang sungguh mengasyikkan dan menghiburkan yang membolehkan pengguna berhubung dengan pelbagai lapisan komuniti. Semasa musim Ramadan dan Raya, kami dapati komuniti TikTok saling memberi inspirasi melalui penggunaan tanda pagar #InspirasiRamadan dan #InspirasiRaya yang mencatatkan lebih 6.5 bilion tontonan secara kolektif setakat hari ini. Kami percaya dengan kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan, pengguna dapat menjalin hubungan serta persefahaman antara satu sama lain menerusi perkongsian video, bukan pada musim perayaan sahaja. Oleh itu, dengan penganjuran Rumah Terbuka #InspirasiRaya ini, kami amat berbesar hati kerana dapat menghimpunkan komuniti TikTok, terutamanya pencipta kandungan, untuk meraikan kepelbagaian serta menggalakkan mereka untuk terus memberi inspirasi kepada komuniti menerusi keaslian identiti dan pengalaman mereka,” kata Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi, Malaysia, TikTok.

Semasa acara tersebut, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti The Gadys, Insomniacks, Aziz Harun, Iman Troye, Hafiz Along, Gary dan Hannanxal, yang mana kesemua mereka berjaya membina nama di platform TikTok dengan mencipta kandungan dan berhubung bersama komuniti serta peminat mereka.

Sebagai platform yang mengutamakan komunitinya, TikTok komited untuk membangkitkan inspirasi dan membawakan kegembiraan. Matlamat ini berjaya dicapai bukan sahaja menerusi pengguna yang menonton dan berinteraksi dengan pelbagai jenis kandungan, tetapi juga pencipta kandungan yang berkongsi kehidupan mereka di platform TikTok. Hal ini dapat dilihat terutamanya pada kandungan video yang dihasilkan sempena musim perayaan seperti video ‘30 hari resipi Raya’ oleh Khairul Aming dan ‘30 Hari 30 Purple’ oleh Auntie Purple.

Selain video, TikTok Shop juga menyaksikan lonjakan aktiviti semasa musim Ramadan dan Raya, terutamanya semasa Mega Raya Fest 2023. Pada acara jualan LANGSUNG pertama TikTok Shop ini yang mana para penjual menjalankan perniagaan di acara fizikal, lebih 300 penjual menonjolkan pelbagai pendekatan dalam penstriman langsung mereka, sambil penjual lain menyaksikan sendiri betapa mudahnya untuk menjana trafik yang luar biasa di TikTok dengan bajet yang berpatutan. Ketahui lebih lanjut mengenai pengalaman pencipta kandungan utama TikTok Shop di sini.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan acara daripada Rumah Terbuka #InspirasiRaya TikTok serta ikuti akaun pencipta kandungan tempatan yang terkemuka seperti @khairulaming, @dearcarynn, @imantroye, @auntiepurple248, @hafizalonggs, dan ramai lagi! TikTok tersedia secara percuma pada iOS dan Android di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

The post TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti dengan Penuh Gaya Menerusi #InspirasiRaya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*