Lelaki tolak hubungan intim untuk jaga kualiti sperma

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) nekad tidak melakukan hubungan seks untuk menjaga kualiti spermanya, lapor laman berita Detik hari ini.

Kyle Gordy, 31, yang mula menderma spermanya sejak 2014 kini mempunyai 57 anak.

Selama sembilan tahun, Gordy sudah membantu lebih 48 wanita untuk mempunyai anak.

Dalam usaha untuk menjaga kualiti spermanya, Gordy mengelak daripada melakukan hubungan seks dan tidak bersentuhan dengan orang yang tidak dikenali. 

Bukan itu sahaja, Godry juga mengeluarkan sperma untuk tujuan derma. 

Gordy memberitahu bahawa dia akan memiliki 14 anak lagi dalam masa terdekat dan tidak merancang untuk berhenti menderma sperma.

“Selagi seorang wanita itu memenuhi syarat dan boleh menjaga anak tanpa sebarang masalah, maka saya berbesar hati untuk membantu,” katanya. – Agensi

 

The post Lelaki tolak hubungan intim untuk jaga kualiti sperma appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*